saya tak kuat

Ibu ibuu, minta doakan saya diberi kekuatan untuk lalui ujian dengan redha. baby saya baru 1 month tapi saya diuji dengan kanser payudara ๐Ÿ˜” sejujurnyaa, saya tak kuat sangat nak lalui semua ni. tiap kali tengok muka anak, tiap kali tu menangis ๐Ÿ˜ญ minta jasa baik ibu ibu untuk doakan segala urusan saya dipermudahkan yaa, diberikan kesembuhan buat saya. Aamiin yarabal alamin ๐Ÿคฒ๐Ÿป

35 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Pada tahun 2022 saya disahkan kanser payudara..saya buang payudara sebelah dan buat kimo 6 kali...radiotrapi 15 kali.Alhamdullilah sekarang saya mengandung 34 minggu.Puan kena berlapang dada dgn apa yang di takdirkan buat kita..percayalah rasa redha dan berlapang dada pasti akan ada berita gembira buat kita..

Baca lagi
1y ago

Kakak ipar saya juga kanser payudara..buang sebelah..kisahnya seperti puan dia kanser selepas dapat baby...Kisah ni 14 tahun yg lalu..die redha dan berlapang dada dan happy...Alhamdullilah die dapat besarkan 3 orangnya...malah die juga maju dalam kerjaya...