Sesi Tanya Pakar bersama Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC)

Ibu ayah dah bersedia untuk anak melangkah masuk ke sekolah? Bagaimana pula kanak-kanak istimewa seperti anak Autisme, Down Syndrome dan sebagainya? Bagaimanakah cara untuk mempersiapkan anak syurga ini untuk ke sekolah? Apakah persiapan yang ibu ayah perlu sediakan? Jom tanya pakar jemputan kali ini iaitu Puan Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Center (ABC), tentang topik mempersiapkan anak istimewa untuk melangkah ke sekolah, pada hari Khamis, 10 Februari 2022, jam 3 petang. *NOTA : Sebarang soalan diluar daripada topik dan waktu yang ditetapkan akan dipadam atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Charlene Marie Samuel, Pengarah Urusan Autism Behavioral Centre (ABC)
14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hai Ms Charlene☺️ 1- Apakah simptom awal autisme dan bagaimana untuk kita mengenal pasti jika anak itu seorang autisme jika mereka juga berkelakuan normal seperti anak2 lain cuma ada perkara yang dilakukan adalah berulang dengan kerap. Ini untuk dipastikan sebelum bawa mereka berjumpa pakar. 2- Adakah menyusun sesuatu permainan mengikut baris dan warna dengan teratur dan berulang juga merupakan tanda autisme? Terima kasih🥰

Baca lagi
2y ago

Hello Ms. Imann Some tanda2 awal autisme: 1. Tidak respons kepada nama 2. Tidak mengunakan jari telunjuk untuk point kepada objek/aktiviti/mainan etc 3. Lambat bercakap ataupun tiada perkembangan speech 4. Eye contact kurang 5. Tidak boleh mengikuti arahan 6. Tingkah laku yang berulang ulang atau tidak menyukai perubahan 7. Obsesi terhadap certain mainan/objek/topic Jikalau anak berkelakuan normal, most likely they have sufficient skills untuk cope in group settings. I would recommend to jumpa pakar if a child is isolating, or always alone, unable to communicate or disruptive atau aggressive 2. Yes, this is one of the symptoms tapi a child showing this behavior does not mean he/she has autism