Anak Luar Nikah

Hye, saya tau tajuk ni agak merumitkan.. Tapi sebolehnya saya perlukan bantuan.. Saya dah tak tahu pada siapa nak minta tolong atau pendapat.. Saya hamil anak luar nikah, minggu ni cecah 8 minggu kandungan.. Nak buka buku pink tak boleh sebab wajib ada macam2 dokumen, nak nikah takut tak sah sebab sedang hamil.. Nak bincang dengan keluarga, risau bahaya yang akan datang.. walaupun orang kata ibubapa mungkin akan marah dan kecewa, tapi ibubapa saya berbeza.. Ada kemungkinan nyawa jadi taruhan, mahupun saya atau anak saya.. Tolong lah bagi pendapat yang sebaik mungkin.. Ada kawan kata sebaiknya saya gugurkan kandungan, tapi saya dan teman lelaki sebolehnya tak nak.. Kami kalau boleh nak simpan anak ni, anak ni tak ada dosa, kami yang berdosa.. Mohon tolong bantuan..

78 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya bukak buku pink .. die suh isi sendiri je .. satu dokumen ape pon die tak mintak .. Allah dah ade perancangan untuk awak .. jgn fikir dan cube letak perspektif sndiri ape yg org lain akan buat ke , atau mereka akan libatkan nyawa ke .. semua tu awak yang fikir .. awak create situasi tu dalam kepala awak .. padahal bnde tak berlaku lgi .. mcm ni , awak niat baik , awak nak berubah .. solat taubat banyak2 , sujud mohon ampun banyak2 .. mohon dimudahkan .. Kalau Allah nampak awak ikhlas .. Allah akan bantu .. die maha pengampun .. hati ibu ayah keluarga bukan mereka kwal .. tapi Allah yang pegang .. yg keras batu pon bole lembut sekiranya kite percaya Allah yang pegang hati mereka ..

Baca lagi