Mohon pendapat bumil (luar nikah)

mcmna prosedur remaja 19thn mengandung luar nikah utk buka buku pink ya.perlu ditemani oleh ibubapa ka?#pleasehelp

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hi awak , saya pun hamil luar nikah dan sedang berpantang 39 hari dah . untuk prosedur buka buku pink di klinik kesihatan saya tak sure sebab saya dah berusia 21 tahun dan saya buka buku di klinik swasta pada awal kehamilan . tapi masa kandungan saya masuk 33 minggu saya sambung sendiri check up di klinik kerajaan . so basically dia akan tanya semua maklumat awak dan sejarah kesihatan awak dan keluarga . macam kes saya tak perlu bawa waris tapi disebabkan awak bawah umur awak wajib ada waris . awak juga akan berjumpa dengan unit social welfare untuk kes hamil luar nikah ni sebanyak dua kali . first masa awak mengandung ( nanti akan dapat appointment ) , kali kedua sebelum awak discharge dari hospital ( yang ni kena wajib ada waris kalau tak baby tak boleh keluar wad ) . sepanjang proses kehamilan dan bersalin nanti kes awak akan dirujuk oleh doktor pakar . alhamdulillah rezeki saya berjumpa dengan nurse , unit social welfare dan doktor pakar yang baik baik saja . awak jangan takut untuk buka buku pink ya ? ini untuk kesihatan awak dan baby juga . macam kes saya , saya kena anemia sepanjang tempoh hamil . sepanjang tempoh tu juga doktor dan nurse banyak bagi sokongan dan tips .

Baca lagi

saya juga sama situasi mcm awak . Dapat tahu masa hamil 6 bulan sbb tiada tanda tanda. utk buka buku pink boleh pergi klinik kerajaan atau swasta , kalau kerajaan free tak silap saya tapi swasta mmg kena bayar beratus setiap check up. Sebaiknya ada parents teman sbb masih remaja. Yang penting jgn gugurkan bby yg tak bersalah and ada banyak bantuan kebajikan utk awak dekat malaysia ni . jangan risau

Baca lagi

klau mcm sye ritu lmbt bkk buku dh 5 bln dh tpi sye xyah bwk waris pun die tnye sejarah kluarga ja pastu bkk buku cm biase btw sye 19 jgk cume time dh bersalin nnty jela susah sikit itu ye kne ade waris klau x xleh kluar hospital

Yup kena bawak parents.. klu parents xde, boleh bawak adik beradik sedarah.. moga dpermudahkan urusan awak ye dik.. mohon tabah ye 🌸 jgn stress jgn pk tindakan kurang bijak ye dik..

betul. ibu atau bapa kena ada time bukak buku.

ya