Penat sangat

Hari ke 13 post partum. Saya penat. Menangis je. Tak pandai susu kan anak. Dah bagi anak formula, nak belajar susu kan anak balik. Anak dah tak nak. Kuning tak turun turun jugak. Baru 13 hari tapi mcm dah berbulan bulan. Padahal anak num 2. Susu ada je. Tp anak dh nangis nangis takmau. Sua je nangis. Dah nipple confuse. Semua benda tak kena. Bila nangis kat laki dia kata saya yg melebih lebih. Hmm. Tahlah. Rasa mcm dah gila. Anak 1st dulu pun saya mcm ni. Breastfeeding mmg buat saya rasa down sgt. Sy tak salah kan breastfeeding, saya yg sejenis anxious. Tak pandai nak setel anak. Tahlah. Saya serabut.

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

maaf kalau x menjwp soaln ... sya kwin umu 17 beslin normal umur 19 sekrg umu dh 20 baby sya dah 1thun 7buln sekrg dari baby memng sya bagi susu badan je sampai kuning dia turun tapi masa tu memng sya korban habis penat ulang alik hospital+Bnyk bejln sampai jahitan sya koyak balik baby sya lahir 3.4kg jahitan sya lebih 10 sbb nak sampai kat lubang punggung selma ulang alik kat hospital g makmal ambik darah tu semua memng sya jln sambil tahn rsa sakit kat bwah lebih 2minggu jga sya cm tu plus gaduh ngan husbnd lagi ntahlh sbb dia yg x fhm sya atau sya yg terlebih emosi yelh kita lepas belin ni pn peluang nak kena depresi+mental tu tinggi jadi kalau kita x reti kawal emosi semua akn dpt efek baby meragam+susu drop+mental koyak+dh lh siang mlm bejga untuk ank nak nagis plk mlm" mata lebam mengalhkn panda sampai pernh satu masa tu ank nagis saya pn nagis sma sbb dh buntu ikut jelh ank nagis cara sya .... sya bgi ruang untuk diri sya solat mengis mengadu kat allh supya hati lebih tengn menerima dn mengurus tangungjwp sya bebagai seorg ibu ...Susu x penh drop Alhmdulillh sbb sya selalu amlkn maknn yg berkuah ikan rebus, sup ayam, sup sayur sambil susu kan baby tu dzikir ya matin sebnyk yg mungkin in sya allh susu keluar deras Pemakann jga penting bila kita breastfeeding sbb tiap baby dh susu kita mesti rsa lapar balik walaupn dh mkn n bila kita rsa cm tu kena pegi makn x pya tahan" lapar tu selagi baby tidur kita isi je perut ini yg sya selalu amklkn dlm harian sya sampai baby sya dh 1thun 7buln ni dia still susu badan

Baca lagi
6mo ago

baby girl sis

Saya faham yang anda mengalami penat dan tekanan selepas melahirkan anak kedua anda. Anda tidak sendirian dalam situasi ini. Sudah tentu anda perasaan tertekan adalah normal, terutamanya dalam proses yang memerlukan tenaga dan perhatian seperti penyusuan susu ibu. Untuk memudahkan proses menyusukan anak, anda boleh mencuba beberapa langkah seperti meminta bantuan keluarga atau jururawat untuk mencari cara yang sesuai bagi anak anda. Selain itu, anda perlu memberi diri anda ruang dan masa untuk berehat dan memulihkan tenaga. Apabila anak menolak menyusu, cuba untuk bertenang dan tenangkan diri sebelum mencuba lagi. Anda juga boleh meminta bantuan daripada konsultan laktasi untuk mendapatkan nasihat dan sokongan yang lebih terperinci. Jika masalah kuning pada bayi tidak turun-turun, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor kanak-kanak bagi pemeriksaan lanjut. Pastikan untuk memberitahu doktor tentang keadaan dan masalah yang anda hadapi. Ingatlah, sebagai seorang ibu, kesihatan mental dan fizikal anda adalah penting. Jangan malu untuk mencari bantuan jika diperlukan. Anda melakukan yang terbaik untuk anak anda dan jangan terlalu keras kepada diri sendiri. Semuanya akan menjadi lebih baik. Semoga anda dapat melalui cabaran ini dengan tabah dan tenang. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Ye sis,mmg penat..lagi bertambah penat bila xada sokongan dari suami..suami sy bukanlah tak sokong,cuma dia xboleh nk bagi nasihat apa2 dah dia pon xtahu🤣..masa saya anak pertama sy failed jgk myusu badan..bila dapat anak kedua nie sy niat mmg nk betul2 bagi dia myusu badan..tp masa pantang baby kuning tinggi jgk..doktor suruh campur fm dgn susu badan..awal2 myusu badan dekat hospital mmg kekok sgt🥹🥹..baby org lain senyap je dpt susu,tp sy struggle sgt nk bg susu kt baby,baby nangis2 kat wad..nurse dtg ajar pon perli2 sy xpandai myusu baby sebab dia ingat bila anak dh dua ni serba serbi pandai..padahal jarak dgn anak pertama 7 tahun dan anak pertama xdapat myusu badan,susu xkeluar..kat dlm wad xboleh bagi susu fm..tapi bila p KK doktor KK suruh pulak bg fm😅..nasib baik ada kakak sy,dia bagi sy pam susu dan alat2 nk pam,bagi sokongan,bagi bantal menyusu..bantal myusu bentuk C tu letak di pinggang mmg membantu betul menyusukan anak sy..sebab baby kecik,nak myusu sambil baring mmg xboleh lagi,mmg xreti..boleh myusu baby duduk je..bantal tu ada baru selesa dan senang myusu baby sy..lama2,anak sy memilih susu badan dan xmau dh botol..menyusu badan sepenuhnya..alhamdulillah..

Baca lagi

saya pun pernah ada dlm situasi sis,dkt sebulan sye pam susu badan.anak saya pun kuning juga.mmg stress.lps turun kuning sye tetap suakan puting dkt anak.tp dia xmau.then sye guna puting botol sye sambungkan pada puting sye.dia nak.walaupun sakit sikit,sye try jgk lagi tak guna puting and suakan pd anak.alhamdulillah dia cukup sebulan dah boleh direct susu badan 😁 sye pun dah nak naik kerja .risau juga kalau dia confuse nipple pula kan sbb awal2 dulu mmg sye tak dpt df sye bg botol.tp syukur buat masa ni sye bg dia botol semula.dia nak dan df pun nak.mmg stress kalau diikutkan masa baru2 lps bersalin tu.sye pun baru anak pertama.apa yg sis rasakan tu rasanya sama mcm ibu2 lain rasa.tak apa masih sempat lg nk ajar anak df.bnykkan skin to skin dgn baby.urut2 mulut,rahang dia.and selalu ckp dkt baby yg awk nk dia susu direct dgn nipple awak.insyaAllah dipermudahkan.#hugs

Baca lagi

masih sempat lagi nak bagi baby back to bf sebab baru 13 hari. yang penting sis kena kawal emosi. baby boleh rasa mommy stress hence refuse bila suakan breast. sis kena tenang² pujuk baby. kena cuba berkali². mungkin juga masa nak menyusukan tu baby tak selesa. check dulu pampers/perut/temperature baby. kalau takda masalah, mungkin juga baby tak selesa dengan posisi menyusu. sis boleh cuba tukar posisi lain². ada banyak cara. dapatkan ilmu menyusu. tetap tenang dan jangan stress sambil search info penyusuan kat google, ig, youtube, tt. jangan malu jangan takut nak consult dengan Lactation consultant. Lagi banyak ilmu boleh dapat.

Baca lagi

biasanya klu dh bg botol awl2, mmg bby nipple confuse. kuning nk turun perlu kerap bg susu, bila dia kencing/berak..dia buang bilibirun yg terperangkap dlm bdn dia. cuma klu awk ng bg bf semula, dptkn consultasi dari LC. blh cari dkt fb happy breastfeeding msia. bf perlu ilmu. tmbh2 kita yg pernah failed before. ank 1st sy fully fm sbb takde ilmu. masa no 2 ni, korban duit sikit attend class bf. alhamdulillah despite bby prolonged jaundice, berjaya juga bf.

Baca lagi
6mo ago

sabar ya sis. sy pun melaluinya dulu anak pertama tak pandai direct feed. dalam pantang stress sebab kena pam je. hari ke 40 baru dia pandai menyusu direct. alhamdulillah. 3 tahun sebulan baru berhenti susu badan. sis jangan putus asa ya. dugaan sy tak mcm sis. anak sy tak kuning tp sy faham stress sis sbb dlm pantang pun sy byk menangis. sis jangan putus asa. dapatkan bantuan dr LC, masuk group happy breastfeeding dekat fb. dapatkan tips dr pakar penyusuan kat sana. minta suami utk support. support dr suami sangat la penting.

klau kuning tk kurang2 boleh try petua ni bancu air kopi suam2 then lap ke badan bby biar smlam jgn pekat sngt siang pun boleh insyallah sya bby da 4bulan da skrg alhmdulilah empat kali je ke kk ... dan satu lgi smua ibu ad msa yg sngt susa but try fikir satu benda je Baby kita tu harapkan kita je kat dunia ni bergantung pada kita klau bkan kita spa lagi 💕💕💕dont giveup fighting mommy

Baca lagi

faham2.. sye pun penah berada di tempat yg sme.. last2 sye give up & bg full fm.. for me, byk sgt bnde dtg serentak & kte as a mom nak yg perfect.. tp kte tw realiti nya bkn mcm tu.. nasihat sye, take it slow.. 1st, settle kn masalah kuning dlu.. awak still bley jd ep mom.. klu awak nk df pn bley, nant awak cbe lg.. kne slow n steady.. take ur time.. bg baby bottle x jd kn awak less mother..

Baca lagi

Cepatnya bby awk nipple confuse . Baby sy nk masuk 2bulan baru menangis dh xnak susu badan sedih betul kita terpaksa bagi susu fm nk bagi kuning turun sbb prolonged klau xbagi susu fm sampai kesudah xturun walau dh try mcm2 petua 😔 skrg redho jelaa walau susu badan bnyk 😭 tapi rasanya awk sempat lagi tu ajar baby susu badan

Baca lagi

mintak maaf dgn husband, ckp elok2 dgn husband, awak perlukan sgt2 sokongan dr dia. postpartum depression bkn main2 dan bukan awak sorang je yg "melebih-lebih" tu. itu normal. minum susu formula bkn kuning wajib turun pun. anak takmau direct bf awak pam la. tp kalau takmau bf, atas awk la