black pepper

Haii, sye nk tanye klau mengandung boleh ke mkn chicken chop? sye mmg suke black pepper . Kandungan sye skrng dh nk msuk 17 minggu. Baru kehamilan yg pertame. Bukan ape risau jgk dkt baby. Boleh beri pandangan tk?

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Apa yang meningkatkan risiko keguguran ialah: 1) Usia ibu dan bapa yang meningkat (semakin tua semakin tinggi risiko keguguran), 2) Obesiti 3) PCOS 4) Pendedahan kepada asap rokok 5) Minuman beralkohol 6) Cervical insufficiency 7) Masalah Diabetes yang tidak dikawal 8)Masalah thyroid yang tidak dikawal 9) Masalah SLE atau autoimmune yang tidak dikawal 10)Penyakit buah pinggang yang tidak dikawal 11) Masalah jangkitan kuman kepada ibu 12) Keracunan makanan (jangan telan telur separuh masak, jangan telan telur mentah) 13) Caffein melebihi 150mg sehari 14) Kehamilan kembar 15) Kehamilan IVF 16) Masalah janin yang ada kecacatan yang serious seperti sindrom-sindrom. Kalau tak tahu kenapa gugur tanyalah doktor pakar O&G. Terimakasih. Nota tambahan: untuk semua pendapat perubatan, sila tanya doktor anda di KLINIK, bukan tanya di media sosial, supaya anda tak dapat komen-komen mengarut-ngarut dari makcik bawang yang suka menyalahkan buah-buahan semulajadi berkhasiat kurniaan Allah, doula-douli yang tidak ikut SOP doula antarabangsa yang tidak membenarkan doula memberi nasihat perubatan, dan penjual produk overclaim yang dok buat kenyataan mengarut kalau beli produk dia nanti baby keluar bersih seolah-olah ada baby yang keluar kotor. Tepuk laaa dahi 🤦🏻‍♀️ Boleh follow fb doctor pakar O&G https://www.facebook.com/679746658/posts/10157286409096659/

Baca lagi