Luahan hati

Haii semua, jangan kecam saya tauuu. Saya ada anxiety sebelom kahwin, masa pregnant saya mmg kene gi kaunseling every month. Pastu last jumpa kaunseling masa pregnant tu, kaunseling mintak jumpa balik lepas pantang. Pastu masa da habis pantang saya tak dapat dtg sebab ada hal. Saya call kaunseling tak angkat ws kaunseling dia bluetick je. Chat bulan 12/22 sampai skrg tkde berita. Kaunseling tu mmg mcmtu, kadang kita dtg ikut appointment pun dia tkde kat bilik dia dan dia tak inform pun kat saya. Sampai suami saya marah marah kat saya jangan pergi lagi kaunseling tu buat penat je. Pastu nurse yg jaga saya pun ada juga tanya ada lgi tak appointment dgn kaunseling tuuu, saya jawab je takde daa. Sebab taknak susahkan suami saya kene cuti dua kali sebulan. Pastu kalau saya gi kaunseling punn entah kenapa saya tk boleh jawab jujur apa yg kaunseling tu tanya. Sebab agaknya saya da terbiasa org tanya saya dan saya cakap je saya okay padahal tak. Mungkin dari situ kaunseling tuu fikir saya tak teruk dan abaikan saya punya treatment dgn dia. Masa pregnant tu ada jumpa doktor pakar, dia bagi saya ubat untuk tenangkan saya kalau anxiety datang. Tapi husband tak bgi makan sebab dia ckp tu dadah buat khayal. Jadi saya takut nak makan. Da lama juga anxiety saya tak dtg, selalu dtg saya boleh kawal lagi. Tapi semalam macam mimpi buruk bagi saya. Saya tak boleh kawal emosi saya. Apa husband buat semua saya nak marah nak hentak hentak barang. Husband pulak taknak kalah marah sama juga. sampai anak yang tidur, terbangun. Saya rasa bersalah sangat, tapi dalam masa yang sama saya tak boleh kawal apa saya buat apa saya cakap. Lepastu saya terus berkurung. Macam ada suara suruh saya bun*h husband saya. Saya mcm berlawan untuk taknak cederakan sesiapa. Macam diri ni ditarik oleh dua orang. Saya rasa teruk sangat sebagai seorang isteri dan ibu. Saya rasa takutt sangattt kalau saya tak mampu nak kawal balik anxiety saya. Saya risau kalau saya cederakan anak saya. Memandangkan anak saya da lasak da pandai bergerak sendiri. Tapi jenis anak saya susah sikit nak tidur. Ngantuk tapi bila dodoikan mengamuk. Dari situ saya takut saya termarah atau terpukul anak saya. 🥹 Suami saya kadang dia boleh sabar kadang dia pun ikut sama. Ya saya faham dia penat , tapi dari sisi lain, saya pun penat juga. Saya pun taknak saya yang mcmni. Boleh tak sesiapa bagi kata kata semangat atau suggest kan apa perlu buat untuk kes macam saya. Terima kasih semua doakan saya terus kuat

22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

mashaa Allah, saya pun sama dngn sis. sebelum kahwin lagi, mmg saya ada anxiety, depression, mental health yg tahap tinggi smpai pernah toreh tangan sebab ada kisah sejarah berkenaan parents since sekolah lagi tpi masa tu tak tinggi lagi, selepas saya belajar di kolej/university, masa tu mmg teruk sngt disebabkan seorang lelaki yg abused mental saya. tpi alhamdulillah, depression saya dah tkde, mental health pun dah kurang. tpi saya anxiety tahap disorder. smpai saya ada panic disorder. saya consume ubat mmg dos sngt tinggi. ada 4 ubat. mmg mahal. smpai rm400+ masa tu saya belum kahwin lagi, mama saya yg support saya selama ni. selepas kahwin, saya ada consume jugak ubat masa tu saya da consume 2 ubat meaning that dah kurang dos saya consume. pastu bila saya tak tenang, saya akan keluar dari bilik, ambik angin, pergi ke tmpt tenang mcm pergi tasik ke, pergi ke masjid atau buat perkara yg menenangkan, mcm saya minat arts, saya akan coloring sambil dngr lagu yg happy2. buat apa yg puan minat, cari apa yg puan minat. alhamdulillah, selepas saya tau yg saya sedang pregnant skrg, saya pergi dngn suami saya, alhamdulillah suami saya pun support saya dari segi mental, dia tak mampu nak sara dari segi kewangan tpi dia support dari segi mental dan physical. then, saya akan ke klinik psychiatrist mntk bantuan dari dia. dia bagi ubat relax bila perlu saja. smpai tidur pun ganggu smpai saya dpt rasa ada org perhati saya, perasaan yg tak tenang muncul secara tiba2, saya pernah halusinasi yg teruk, saya ada jugak perasaan mcm ada gangguan, then saya cari alternatif way which is ambik al quran letak di atas dada dan bukak ayatul kursi berapa lama pun, pastu saya nak tidur buat centu dan saya bukak lampu kecik sbb saya dari kecik mmg takut tidur gelap, atleast ada cahaya skit pun dah memadai bagi saya smpai ke esok pagi saya tak sedar tidur yg sngt nyenyak. jujur, saya mmg ada insomnia, susah nak tidur mlm. pastu saya buat mcmtu dan zikir hasbi rabbi jallah mafi qalbi qairullah then alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. kalau awak nak jumpa dr psychiatrist. nama klinik ni klinik hasnida dan rakan2. search je dkt waze. tpi di cheras selangor. nama doktor hatta. bagitau yg jujur dngn dia. since when you jadi mcmni, what it makes you have anxiety or depression. sebenarnya, penyakit ni mcm2 ada. ada jugak patient kena adhd. bipolar disorder, tu semua kena pergi ke klinik psychiatrist. saya jadi mcmni pun sebab mama saya pun ada jadi turun dkt saya, we called as genetik. adik saya pun ada tpi alhamdulillah dia bnyk bergaul dngn kawan2, sembang2 dngn kawan, sembang2 dngn cikgu yg dipercayai. cari kawan2 yg boleh bagi semangat dkt kita. saya masa dlu belajar di university mmg teruk, masa tu ada hamba Allah dtg hidup saya, dia lah hamba Allah yg sentiasa dngn saya, suka spoil saya, suka bwk saya ambik angin, bwk saya ke tasik putrajaya, bwk saya ke masjid, then nasihat yg baik2 utk saya, dia tak pernah putus asa bagi harapan dkt saya. now, alhamdulillah disebabkan dia saya menjadi kuat smpai skrg. but at the same times, kalau puan ada gastrik/gerd ni pun punca anxiety jugak. puan boleh, boleh elakkan pemakanan yg punca jadi gastrik/gerd. puan boleh search google. inshaa Allah, anxiety/depression akan berkurangan walaupun still ada but atleast dah berkurangan☺️

Baca lagi

semoga sis kuat. sy pun ada jugak.. sy share dgn sis cara saya. harap2 membantu.. 1. jangan duduk sorang2 atau dengan anak terlalu lama. pastikan ada orang dewasa lain yg bole teman kita duduk sekali. kalau perlu, pergi taman waktu siang dan berjumpa dan bersembang dgn orang. 2. cuba share apa perasaan kita, apa ya g kita fikirkan dengan orang lain yang bole dipercayai. 3. kita kena selalu cakap pada diri sendiri, kita control benda yang dalan kawalan kita ja, kalau benda tu luar kawalan kita, kita serahkan ja pada tuhan, biarkan tuhan yang mengatur. setiap apa yang berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku adalah perkara yang terbaik dalam hidup kita. walaupun kita sekarang tak faham dan rasa menderita, tapi bila benda ni dah lepas, semuanya akan jadi kenangan. 4. buat benda yg kita suka. kalau suka ubah lerabot, ubah perabot.. 5. berkebun atau tanam pokok. benda ni membantu masa tiba2 anxiety nak datang.. kita sibukkan diri dengan tumbuhan hijau. 6. kalau bole join kelas tadabur quran online. biar kita dekat dengan tuhan supaya bila kita rasa lemah ja, kita tahu kita ada tuhan yang maha kuat bersama dan jaga kita. 7. untuk anak yang dah mula lasak, kalau bole sediakn satu ruang utk dia bermain yg selamat, jd kita letak dia kat situ dan biarkan dia bermain. 8. kalau berada kat tempat tu membuatkan awak anxiety, kena cuba cari tempat yg bole buat awak release atau kurangkan masa berada kat tempat tu. inshaAllah sis mampu control, cuma perlukan support dan kekuatan dalaman utk lawan perasaan yang bukan2 tu.

Baca lagi

Saya faham sis. Saya pun ada anxiety yang teruk dan bila anxiety dtg kadang² panic attack datang sekali. Saya tak pernah jumpa psikiatri, saya cuma bertahan sendirian. Saya ada anxiety sejak sekolah menengah dan berlarutan sehingga saya kawin dan ada anak sorang. Bila saya dah kawin, dan kadang² anxiety saya datang kadang² suami sy boleh bersabar dan pujuk saya untuk tenang, tapi ada juga waktu yg suami saya ikut marah bila dtg anxiety saya. Saya tak salahkan suami sebab dia banyak tolong saya deal dengan anxiety, tapi dia juga manusia biasa yg kadang² boleh hilang sabar kan sis. Masa saya pantang saya, saya pantang tanpa suami disisi sebab berpantang di kmpung, family saya tak tahu saya ada anxiety. Jadi sepanjang saya jaga anak tu kdg² anxiety datang terutama waktu malam, sampai kdg2 rasa tak boleh bernafas, sakit2 badan, tangan dan kaki kebas, anak dah menangis meragam, kita terpaksa lawan dan kuatkan diri. Sis boleh tgk video motivation kat youtube waktu sis tenang² tentang anxiety, kdg² input yg kita dapat dr video tu sedikit sebanyak membantu utk kita deal dengan anxiety waktu dia datang. Sis banyakkan baca pengalaman org macam mana dorg deal dengan anxiety. Bila kita rasa ada org sama macam kita, memahami kita, kita lebih mudah terima apa yg mereka nasihat. Saya takda masalah depression atau stress melampau, cuma saya ada masalah anxiety dan panic attack. Itu lah sesikit sebanyak sy boleh kongsikan untuk sis. Sis kuat ye, selalu fikir, kita yang kawal emosi bukan emosi kawal kita 😊

Baca lagi

Betul apa husband tu ckp sebenarnye makan ubat nie okay, tp kalau terlalu bergantung dgn ubat mmg akan jadi x okay, mmg buat awak khayal sahaja. Mcm kes awak nie, ur positive mind have to be strong than negative. Kalau negative terlalu byk mmg awak akn hanyut dan x sedar diri apa yg awak akan buat. Bincang dgn husband lpas nie, ckp apa yg awak rasa, ckp yg awak x sepenuhnye sembuh, u can't control ur mind properly, ask him to help u to understand the situation better. Kalau tgh bergaduh, sama ada awak atau suami kena alih tempat. Means, sama ada awak masuk bilik atau suami pergi keluar. Bg situasi calm br berbincang elok2. Elakkan benda yg boleh trigger anxiety awak. Kalau awak rasa penat, rehat. Rehat semampu yg awak nak. Benda nie mmg awak sorg yg kena control. Nobody can't control ur mind. Bykkan istighfar. Setiap kali rasa dah x betul bykkan istighfar bykkan sebut kalam Allah. Dgn anak pun mcm tu. Kalau rasa dah x boleh go on, letak die tempat selamat, kt baby cot, awak masuk bilik cepat2 pergi ambik wuduk. Istighfar dan reda dgn situasi skarang. Bila dah rasa mampu berfikir dgn waras peluk lah anak tu. Awak boleh juga ptg2 pergi jalan2 taman ambik angin ptg sambil tolak stroller. Its okay awak. Awak x minta jd mcm nie, tp awak mampu ubah untuk jd better person. Sy doakan awak terus kuat. Jgn biarkan sekeliling control diri awak okay 👍 Awak kena control sekeling. U can do it.

Baca lagi
11mo ago

Of course I mean it bergantung. Because once u already diagnose with anxiety @ mental illness, it disturb ur brain. We all know that, u know that too. I give u example. Paling senang cite, kalau u ada Kencing manis @ darah tinggi. Okay doktor sarankan u untuk follow cara pemakananyg sihat+ low dose medication untuk turunkan bacaan gula dalam darah u. So, pesakit ni dah makan ubat n bila die makan ubat, of course la berjaya turunkan paras gula at the moment. So dalam pemikiran die ,y I have to follow cara pemakanan yg sihat sedangkan die dah makan ubat n ubat tu membantu untuk turunkan paras gula die... So that is what I mean bergantung kpd ubat. For what i see around, those who on medication for the mental illness, they will not totally off the medication. They will take but with low dose. I even see the small kid have to take the medication because she got from her mother when the mother pregnant the kid. I don't say bad thing but those who can control their mind n emotion, try to c

Hi dear. Awak sama macam saya, saya pun major depression and diagnosed BPD. Sebelum kenal suami saya memang selalu self harm, dah kahwin pun pernah self harm juga. Saya selalu refer psychiatrist tapi tak membantu banyak pun sebab jumpa sekali je dalam 3 minggu, tu pun sejam dua je. Saya pun tak boleh control emosi. Marah², mengamuk tu memang biasa. Tapi dear, orang macam kita ni perlukan supportive yang sangat kuat especially spouse kita. Suami awak salah, ubat² yang doc bagi tu awak memang kena makan but dalam dose yang diberi. Jangan lebih jangan kurang. In shaa Allah akan beransur pulih. Macam saya dulu ye saya makan ubat luvox, alprazolam, serequel xr, banyak lagi. But then saya slow² untuk tak bergantung pada ubat (please jangan ikut cara saya. Lain orang lain cara). Saya kalau anxiety attack je saya akan cari suami saya and dia akan peluk saya sampai saya okay. Conclusion, anxiety is treatable but spouse kena mainkan peranan sangat penting sebab kalau tak, memang boleh jadi makin teruk.

Baca lagi
11mo ago

betul tu, saya setuju dngn sis. but at the same times, berdoa and beringat pada Allah jugak. saya pun ada consume luvox dan sebagai nya. tpi makin lama saya consume kurang dos.

hai, saya pesakit MDD, BPD dan BMD II. Saya dah masuk 3rd trimester. Hari² merajuk dan dengar suara untuk bun*h suami saya. Di sini, SUAMI main peranan. Ya, dia penat. Tapi sampai larang makan ubat, cakap itu dadah dan buat khayal? Dia tak supportive. Saya sarankan untuk awak pergi dapatkan rawatan di hospital lain ataupun minta tarikh appointment baru. Minta jumpa pakar psikiatri (sebab dah dengar suara²) , bukan sekadar kaunselor. Ini bukan anxiety biasa. Kalau awak sayang diri awak, suami awak, lagi² anak awak, tolong dapatkan rawatan. Rawatan tu ikhtiar. Hari² berdoa kepada Allah, minta di angkat semua penyakit. In syaa Allah, Allah permudahkan segalanya. Dan bila dah dapat appointment baru, dah jumpa pakar, minta suami masuk jumpa pakar sekali. Explain pada pakar yang suami awak perlu kesedaran tentang mental illness. Minta pakar explain pada suami. Then baru minta suami masuk. Belum terlambat untuk baiki semuanya.

Baca lagi

saya bukan anxiety, tapi depression and doc just prescribed me with sertraline. saya stop makan bila start pregnant. masa sesi ngan phsycologist, dia ajar cara teknik distraction utk tenangkan diri. 1. Butterfly hugs and think about positif things. Senyuman anak, pelukan suami, makanan kegemaran, hobi. 2. Grounding teknik - use all 5 pancaindera and do 5 activities with it. Telinga fokus dengar 5 bunyi. Contoh bunyi burung, kereta, air mengalir. Mata cuba pandang 5 benda berbeza. Hidung kena hidu 5 bau yang berbeza. Kaki/Tangan buat 5 pergerakan berbeza. Lidah boleh cuba 5 rasa yg berbeza. 3. Divert negatif words to positif words. Ni panjang pulak nak ulas 😂. Contoh macam bodoh, jadi kurang bijak. Selaim dari tu, keinginan kita sendiri nak fight and nak sihat. Doa sentiasa. mintak suami and mak (klu masih ada) doakan jugak. Setiap kali anak tido, pandang muka anak usap ubun² dia cakap ibu sayang *nama anak*.

Baca lagi

Anxiety nie boleh Di kawal, kalau Kita busykn diri Kita Akan lupa tentng benda Tu tapi kalau dh mula sendiri xbuat apa2 anxiety Pula Akan dtng Dan Serang dlm diri, solusi dia Kita kna bnyk berbual dengn orng lain paling baik berbual dengn keluarga xpn dengn husband sendiri, xpn mmg kna busykn diri.. control benda Tu jgn biar dia control sis.. 🥰 sis bnyk tngk drma2 lh contoh drama yg romantic Ka,menyanyi, banyk kn jalan2 kluar rumah ambk udara Segar.. paling bgs Kita bnyk duduk Di sejadah angkat tangn Dan berdoa lh dengn allah bnyk berbual dengn allah hati Akan lebih tenang.. Tengk muka anak sis peluk dia kata "bagi mama untuk terus kuat".. 🥰🥰

Baca lagi

Pendapat saya, sis kena jujur dengan diri sendiri, jujur dengan org sekeliling. Jangan terhadkan diri sis. Kadang2 org yg ada anxiety sbnarnya perfectionism, dia nak something tu jadi macamna yg dia expect. Tapi kalau tak jadi dia akan kecewa, celaru & memberontak. Apa yg sis kena buat adalah jgn terlalu meletakkan harapan @ jangkaan yg tinggi atas sesuatu perkara. Selalu bersangka baik, ‘ jika aku tak dapat yang ni, aku akan dapat yang lebih baik’. Banyakkan join kelas2 & NGO. Setidak2nya banyakkan bergaul dgn berkongsi ilmu & experience.

Baca lagi

pegi mulakan rawatan balik. and makan ubat doctor bagi. ubat tu membantu awk utk tenang. ubat tu bukan dadah. laki awk tu bukan doctor. jgn ikut ckp dia. sbb kalau awk kena anxiety die bukan nya boleh buat apa2 atau akn buat apa2. plg tidak pon die marah2 awk. sebelum awk cedera kan org atau diri sendiri baik pegi dptkan rawatan pakar. dgr ckp pakar. mkn ubat pakar bagi. awk kena sihat utk anak. kalau awk sakit, sapa nak jaga anak awk? mmg org lain boleh tlg jaga, tapi takat jaga jela, x sama mcm kite sendiri yg jaga.

Baca lagi
11mo ago

Setuju dgn sis ni. Doktor tak bagi ubat sembarangan. Ubat tu utk bantu sis.