Bersembunyi semasa meneran

Hai semua. Anak usia toddler. Sejak minggu lepas, dia masuk bilik tutup pintu. Pada mulanya saya ingat dia bermain dalam bilik. 3 kali dia buat begitu, baru saya sedar, dia meneran, berak, dah ready, baru dia cakap dia nak mandi/ dia berak. Tadi dia bawa kerusi dari ruang tamu ke bilik dan tutup pintu. Musykil. Saya pun beri salam dan ketuk, " boleh mak masuk?" Dia buka pintu: "Saya berak". Bila ajak ke tandas, dia masih berada dlm bilik. Anak 3 tahun Masih pakai diaper. Memang nak latih dia potty training, cuma saya mahu anak betul2 bersedia untuk training. Soalan. Kenapa bila toddler berak, mereka bersembunyi? 😁

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Dia dah mula tahu erti malu & privacy. Subhanallah manusia ciptaan Allah dari kecil dah boleh faham. Sebab dlm diam dia observe adults. Kita poop pun masuk toilet, our privacy. Possible juga sebab dia nk environment yg sunyi time meneran tu. Mcm kita adults kalau membuang time bising2 pun tak tenang sungguh nk keluarkan. Maaf bunyi agak lucah 😅😭

Baca lagi
4mo ago

Tapi kan, dia lg bising bila saya buang hajat dlm tandas sampai terkunci dlm tandas 😅. Keadaan ni kembali setelah setahun juga dia tak buat mcm ni. 😌 Dlm masa sama saya faham dia buat perangai mcm tu sbb dia mengantuk/ nak susu.