Bayi Menyusu

Hai semua, nak tanya.. Anak saya tiap kali menyusu tak sampai 5 minit mesti die tido, dah kejutkan pon tak nak bangun.. Tapi bila saya letak kan die kat bawah, die bangun.. Breast banyak lagi susu n die menyusu sebelah je, selalu tak dapat dua belah... Lepastu die menagis kalau letak kat bawah, kadang sumbat breast pon die tak nak, saya bagi je botol kalau lama sangat die menagis, mcm mana nak buat ye.. Sesiapa boleh tolong??

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

TANDA BAYI MENDAPAT CUKUP SUSU Macam mana nak tahu bayi kita mendapat susu yang cukup kalau breastfeed? Macam mana nak tahu berapa banyak bayi minum? Ramai ibu-ibu tertanya kan? Dulu sy pun sama. Kalau bagi botol, senanglah nak tengok berapa banyak anak minum. Jom kita tengok tanda bayi mendapat cukup susu. 😊 🔸 Kebanyakkan bayi akan melepaskan breast ibu dengan sendiri selepas rasa kenyang. Tetapi ada juga sesetengah bayi akan terus menghisap dengan perlahan-lahan sampai tertidur. 🔸 Berat badan bayi bertambah mengikut graf tumbesaran bayi yang normal. Boleh rujuk buku pink/biru bayi. 🔸 Bayi buang air kecil dan warna air kencing jernih. Pada 3 hari pertama kelahiran, air kencing bayi biasanya sedikit dan adakalanya berwarna sedikit kemerahan atau seperti karat. Ini normal kerana 72jam pertama selepas bayi dilahirkan, kandungan asid urik tinggi. 🔸 Pada minggu pertama selepas kelahiran, najis bayi bertukar dari warna hijau gelap kepada kuning dan teskturnya lembut. Kekerapan bayi buang air besar adalah 3-8 kali sehari. Selepas sebulan, kekerapan akan berkurang sehingga sekali seminggu. 🔸 Breast ibu menjadi lembut apabila selesai menyusu. BERAPA KEKERAPAN BAYI MENYUSU SETIAP HARI? 🔸 Bayi akan menyusu 8-12 kali dalam tempoh 24jam mengikut kehendak bayi. 🔸 Beri susu apabila bayi menunjukkan tanda awal ingin menyusu. Sy ada kongsikan tanda-tanda awal bayi lapar. 😊 --- Jangan risau susu apabila susu sikit atau tidak banyak apabila membandingkan dengan ibu lain. Pastikan keperluan susu untuk bayi kita CUKUP bukan banyak. Jangan ukur kecukupan susu dengan kuantiti susu ibu kerana setiap keperluan bayi adalah berbeza. ❤️ Boleh follow FB sy: Fadzielah Ayub Rakan Penyusuan Anda Malaysian Breastfeeding Peer Counselor #Breastfeeding_FA #mbfpca

Baca lagi
Post reply image
VIP Member

mcm anak saya, smpai skrg 7 bulan. setiap kali kalau dia lepas sendiri breast dia tertido, sy pangku dulu dlm 15 ke 20 minit bg anak betul2 lena tido (lengan akan rasa berat), nanti letak kat katil dia x terjaga dah.

Cukup ke susu yang bby minum?? Sebab die cuma menyusu tak sampai 5 minit, lepastu tido.. Letak la kat lengan lama mcm mana pon, bila ketak kat bawah mesti terjaga..

VIP Member

kadang2 susu permulaan tu menyebabkan bayi tak kenyang, pastikan dia hisap puting dengan betul. lepas tu baby kalau tidur or nanges ada bagi puting ke?