Sejak kebelakangan ni, banyak betul orang kongsikan gambar durian. Agaknya memang musim durian ye? Ada beberapa orang ibu menyusu tanyakan kepada saya, Boleh ke ibu menyusu makan durian? Tak bahaya ke untuk baby nanti? Betul ke durian ni milkbooster? โ Ibu menyusu boleh makan durian dan sebenarnya tiada pantang makanan untuk ibu menyusu kecuali anak memang ada alahan atau masalah kesihatan yang memang doktor nasihatkan supaya ibu elakkan makan. โ Tiada kajian yang menunjukkan makan durian memberi kesan kepada susu ibu atau baby. Jika ada ibu yang cakap bila makan durian, susu ibu jadi panas dan nanti baby meragam sakit perut. Tunggu dulu! Setiap baby tidak sama. Ibu cubalah dulu dan tengok jika ada kesan pada baby sendiri. โ Durian adalah milkbooster jika durian adalah buah kegemaran ibu. Bila ibu dapat makan durian, hati ibu gembira dan rasa seronok. Bila emosi ibu happy dan seronok, nah! itulah milkbooster nya! ๐ Kalau ibu tak suka bau apatah lagi makan durian, tapi paksa diri juga makan durian semata-mata anggap durian ini adalah milkbooster, maka milkbooster tersebut tidak berkesan sebab ibu tak enjoy pun makan durian tu. Enjoy your breastfeeding journey. Penyusuan ibu tidak sepatutnya membebankan ibu sehingga terpaksa patuh kepada banyak pantang larang. Ambil pendekatan konsep bersederhana. Nak makan durian, kubis, kari, masakan pedas ke, makanlah. Tapi jangan berlebihan dan ambil dalam kuantiti yang sederhana ya. ๐ Boleh follow fb sy: Fadzielah Ayub, Pembimbing Rakan Penyusuan Anda Malaysian Breastfeeding Peer Counselor #Breastfeeding_FA #mbfpca #breastfeeding #penyusuanibu
Read moreNak beli pam atau pergi kelas penysuan?
Untuk ibu kali pertama, mesti tak sabar nak tunggu kelahiran anak kan? Saya faham sangat perasaan nak sambut orang baru. Rasa gembira, bahagia dan berdebar pasti semua ada. Semua persiapan baju, lampin dan kelengkapan berpantang dah ada seawal 6 bulan lagi. Tapi, bagaimana pula persiapan untuk menyusukan anak? Ini yang ramai ibu tertanya-tanya. ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐ธ๐ฒ ๐ฏ๐ฒ๐น๐ถ ๐ฝ๐ฎ๐บ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐น๐๐บ ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ ๐น๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ? ๐ฃ๐ฎ๐บ ๐ท๐ฒ๐ป๐ถ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฎ๐ฐ๐ฎ๐บ ๐บ๐ฎ๐ป๐ฎ? ๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฎ๐ด๐๐? ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐ธ๐ผ๐ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ป๐ฎ๐ธ ๐๐๐๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ ๐น๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ ๐น๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ? Jika tanya pendapat saya, salah satu persediaan keperluan untuk menyambut kelahiran bayi terutama anak pertama adalah persediaan untuk penyusuan ibu. Melabur dan belanjalah untuk tambah ilmu atau ke kelas penyusuan kerana ianya adalah salah satu faktor kejayaan penyusuan ibu. Dalam pantang, fokus untuk direct feeding bayi paling kurang 2minggu, kemudian sebulan. Tidak perlu memerah jika tiada keperluan seperti ibu dan anak berjauhan sebab warded dan sebagainya waktu itu. Kemudian, 2 minggu sebelum ibu masuk bekerja, bolehlah memerah untuk buat stok pula. Namun, tak salah jika ingin beli kelengkapan pam sebelum kelahiran. Ini adalah contoh situasi ibu yang ada masalah bajet dan perlu buat pilihan samada belanja untuk kelengkapan pam atau belajar ilmu penyusuan. Malah, ada juga kelas penyusuan secara percuma di klinik, hospital dan online. Pam yang mahal tidak menjamin kejayaan penyusuan ibu. Tetapi dengan ilmu dan pengetahuan tentang cara penyusuan yang betul, ibu tetap boleh menyusukan anak tanpa pam. Boleh follow fb sy: Fadzielah Ayub, Pembimbing Rakan Penyusuan Anda Malaysian Breastfeeding Peer Counselor #Breastfeeding_FA #mbfpca
Read moreRamai ibu mengalami masalah sakit belakang lepas bersalin dan semasa menyusukan anak. Antara puncanya adalah berat anak makin bertambah, posisi menyusukan anak dan postur badan. Ini yang boleh ibu-ibu lakukan untuk kurangkan rasa sakit belakang: ๐ญ. ๐ฃ๐ฎ๐๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ ๐ฏ๐ฒ๐๐๐น. Makin bertambah berat anak, ibu perlu makin berhati-hati supaya tidak angkat dengan cara yang salah dan boleh menyebabkan sakit belakang. Cara yang biasa kita buat ketika angkat barang berat atau anak yang makin berat adalah dengan cara membongkok atau bahagian belakang melengkung. Salah caranya begini. Cara yang sebetulnya adalah duduk mengcangkung atau bengkokkan lutut dahulu, kemudian angkat dengan meluruskan bahagian belakang. Yang paling penting adalah bahagian belakang lurus dan tegak, bukan membongkok atau melengkung. ๐ฎ. ๐ฃ๐ผ๐๐ถ๐๐ถ ๐ฑ๐๐ฑ๐๐ธ ๐ธ๐ฒ๐๐ถ๐ธ๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐๐๐ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐ฏ๐ฒ๐๐๐น. Kebiasaanya, apabila berat bayi bertambah, ibu akan cenderung untuk membongkokkan badan supaya breast rapat dengan mulut anak. Cara yang betul adalah bawa anak rapat ke breast ibu dan ampu berat anak dengan menggunakan bantal jika tidak larat untuk ampu guna tangan. Pastikan bahagian belakang badan kita tegak. ๐ฏ. ๐จ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐ฝ๐ผ๐๐ถ๐๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต ๐๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ Jika ibu rasa tegang di bahagian belakang leher, bahu atau atas belakang badan, cuba ubah posisi menyusu lain yang lebih selesa seperti berbaring, separuh berbaring dan sebagainya. Semoga bermanfaat ya. Jangan lupa juga minum susu untuk kuatkan tulang ibu. ๐ Fadzielah Ayub Pembimbing Rakan Penyusuan Anda Malaysian Breastfeeding Peer Counselor #Breastfeeding_FA #mbfpca . Follow FB saya: Fadzielah Ayub
Read more๐ ๐๐๐ ๐๐ข๐๐๐๐๐ง๐ข๐ฅ ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐
Begini kisahnya. Ada seorang ibu mengadu bahawa hasil pam susu sangat sedikit dan mula risau disebabkan takut tak cukup untuk buat stok EBM. Sebelum saya cadangkan cara untuk bantu selesaikan masalah ibu tersebut, saya akan bertanya dan tanya banyak soalan untuk cari punca kenapa susu ibu sedikit walhal ibu tersebut menyusu bayi secara direct sepanjang dalam tempoh berpantang. Rupanya ibu tersebut confuse dengan fungsi MILK COLLECTOR dan anggap itu adalah pam. Saya yakin, ramai ibu keliru fungsi milk collector ini dan ramai juga tukang jual overclaimed milk collector tu adalah sejenis pam yang ringan dan murah. Salah tu. Milk collector bukan pam, tapi lebih kepada untuk bantu dan memudahkan ibu kumpul atau tadah susu untuk mengelakkan susu terbazir. Nama pun dah jelas COLLECTOR kan? Bukan PUMP. Biasanya let down reflex (LDR) berlaku apabila breast dirangsang samada ibu sedang susukan anak atau menggunakan single pump. Dan biasanya sebelah lagi pasti susu akan meleleh keluar juga disebabkan LDR berlaku. Jadi untuk elakkan pembaziran, ibu digalakkan guna milk collector untuk tadah susu tersebut dan boleh disimpan untuk stok EBM. Tapi kalau sekadar letak dan lekat di payudara, memanglah susu takkan keluar kalau tiada rangsangan atau fungsi yang menyerupai cara bayi menghisap. Penggunaan milk collector bukan pengganti fungsi pam. Kalau ibu tidak pasti, dapatkan nasihat atau maklumat dari rakan penyusuan atau ibu yang berpengalaman. Kaji dan faham terlebih dahulu setiap fungsi dan tujuan sebelum membeli. Boleh follow fb sy: Fadzielah Ayub, Pembimbing Rakan Penyusuan Anda Malaysian Breastfeeding Peer Counselor #Breastfeeding_FA #mbfpca
Read moreTiada peti sejuk ditempat kerja bukan alasan untuk ibu tidak pam ketika bekerja
Facebook throwback gambar 3 tahun lepas waktu saya sibuk ke kelas belajar ke sana sini. Masa tu anak pertama saya Zayd masih menyusu badan. Ramai juga ibu bekerja beri alasan tak boleh nak pam susu sebab tiada peti sejuk. Tiada peti sejuk ditempat kerja bukan alasan untuk ibu tidak pam ketika bekerja, belajar ataupun keluar untuk sesuatu tempoh. Ibu boleh bawa sendiri cooler bag/box yang tahan sejuk dan simpan susu perahan tu di dalam chiller atau freezer apabila sampai di rumah. Coolerbox biru ni jadi pengganti handbag saya bila saya keluar atau pergi kelas. ๐ Malu ke bawak box tu? Tak pun. Janji susu selamat dan tidak membazir. Sejujurnya, pendapat peribadi saya lebih sukakan cooler box berbanding cooler bag sebab lebih kedap dan tahan sejuk. ๐ Boleh follow fb sy: Fadzielah Ayub, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor #Breastfeeding_FA
Read more