susu dutch lady fresh milk

Hai semua ibu2 . Saya cuma nak tanya. Boleh tak saya minum susu dutch lady fresh milk dalam kotak tu? Saya baru 6weeks pregnant . And boleh tak makan telur rebus?. Bila saya baca2 banyak cakap tak elok.. Terima kasih

35 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda susu adalah salah satu makanan yang baik dan amat disarankan untuk diambil ketika hamil. Ada boleh memilih mana-mana jenama susu untuk diminum ketika hamil. Susu segar juga biasanya lebih digalakkan kerana sesetengah susu tepung mengandungi kandungan gula yang tinggi. Mengenai telur rebus pula, tiada masalah untuk anda mengambil makanan ini kerana telur merupakan salah satu sumber protein melainkan jika anda mempunyai masalah alahan terhadap telur. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
4y ago

Terima kasih doctor 😀