Tiada alahan dan suami tak memahami

Hai, saya nak tanya pendapat semua. Saya sekarang dah pregnant 7 weeks, tetapi langsung tiada apa apa alahan seperti mual-mual & pening. Cuma ada rasa penat kalau terlebih buat apa apa aktiviti fizikal. Husband saya pula caring je pasal saya pregnant, make sure makan saya terjaga, tapi dia macam tak faham yang bila saya cakap saya penat, cepat mengantuk, atau macam bila saya mengelak/tutup hidung bila dia guna spray pewangi rumah dan spray dalam kuantiti banyak (sebab tu beracun dan bahaya untuk baby). Semalam dia ajak saya kemas kemas rumah untuk pindah, angkat kotak2. Disebabkan saya takda alahan berat, dia anggap pregnant tu biasa je. Baru baru ni takda rasa apa apa katanya, lainlah kalau dah sarat yelah penat. Macam mana saya nak fahamkan dia ya..#firstmom #firstbaby #pleasehelp

19 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Dengan org lelaki kena bagitahu terus, terus terang je. tapi mesti kena ada sebab yg kukuh, suami pun kena faham. Lagi lagi awal pregnant, kita tak tahu risikonya nnti sebab setiap pregnancy simptom berbeza. Saya tgh pregnant 1st baby, skrg pregnant 26w. Alhamdulillah mmg tiada alahan muntah dari awal pregnant cuma saya ada alahan dgn bau. Deria bau saya jadi kuat, tak boleh bau org menumis, bau gorengan ikan ayam. Cepat loya tapi tak muntah, saya skrg stay dgn mertua. Kalau mertua masak, suami cepat² akan tutup pintu. Pasang penapis udara, bkk kipas speed laju, on aircond jgk 😅 Saya simptom mcm awak jgk, awal pregnancy cepat penat. Cepat mengantuk, kerap nk tidur je. Kebetulan sy dh resign. Mmg byk habiskan masa di rumah je. Alhamdulillah suami memahami. Kena slow talk dgn suami awak. Semoga dipermudahkan urusan awak sampai bersalin

Baca lagi

macam sy haritu, waktu awal kandungan. Suami sy anggap sy mengada² penat, loya muntah serta cirit birit. Sy terus cakap kat dia, takpe sy akan minta dengan Allah agar Allah bg awak rasa apa yg sy rasa sekarang. Makbul doa sy tu, hahaha..ada satu hari tu dia kena sebijik macam sy, sy plak masa tu xde rasa apa².. sy cakap padan muka, Allah bg balasan kat awk. Dah la kita nie mengandungkan anak dia, boleh dia ingat kita nie saja buat² tu semua. Tak kuasa la nak belakon sakit ke apa, penat kot. Sekarang suami sy lebih prihatin sedikit dari sebelum nie dengan sy dah 6bulan sekarang. So sis, kalo laki sis masih tak memahami..senang je, kita berdoa pada Allah..biar Allah bagi dia rasa sebijik macam kita kena, sis minta la dia kena 3-4hari bagi dia insaf skit serta hormat kita nie mengandungkan anak dia.

Baca lagi

Ckp dgn suami, semua perempuan yg pregnant ni TAK SAMA. Simptom semua lain2. Alahan semua lain2, ada mcm2. X semestinya org A ada loya muntah, org B pun kena ada jugak. X semestinya org A ni kuat, org B ni kena gagahkan diri jugak nak buat apa2. Dan SETIAP PREGNANCY, simptom dia pun x sama. Sy masa anak first, alahan teruk dari awal sampai bersalin baru ok. Tp masa tu sy boleh lagi buat keje berat2 walaupun dah sarat, jln jauh2, naik turun tangga pun steady lagi. Tp masa sy pregnant anak 2nd ni lain. Alahan sampai pertengahan 2nd trimester je. Tp penat dia lain mcm. Mcm marathon 42km. Rasa nak baring tido je. Nak jln jauh sikit pun dah x larat, mengah2, kena banyak berenti rehat. Belom lagi badan sakit2 sana sini.

Baca lagi
1y ago

saya masuk 2minggu awal 2nd tri tu mmg penat sangat walaupun tak buat kerja apa,waktu 1st tri okay je takde penat sangat..tapi at tht time je lah,now dah masuk 3rd tri masih okay,just 2minggu tu je penat hehe

Sy first baby mmg langsung tak de alahan apa2. dan oleh sbb rahim sy tak kuat kata doc sbb penah keguguran so doc mmg bgtau suami sy utk cukup kn sy rehat,tido baring makan teratur. selama 3 bulan. n second preggy nie dah 5week 3 day sy punya alahan tak kuat cuma cepat penat,rasa mcm nak baring jer lepas tu x boleh masuk dapur mesti akan sesak dada n mual sikit tp x muntah. so sy mmg akan byk rehat laa n alhamdulillah suami pon faham bila sy selalu ckp penat. tak larat.

Baca lagi

Kena bagitau je terus awak.. Macam saya mmg akan bagitau suami saya, saya tak suka bau dedorant dia.. saya tak suka mau masak2.. saya penat, nak tidur jgn kacau.. lelaki ni kalau tak bagitau, takdenya nak faham hahaha Tapi suami saya mmg tak bagi angkat berat, semua kerja rumah saya tak buat.. semua suami buat ~ awak kena ckp, tak boleh nak angkat kotak2 tu semua.. tak boleh penat sgt buat kerja.. kena ckp direct ~ kita tak nak apa2 benda yg tak elok jadi dgn baby

Baca lagi
VIP Member

Pengalaman sy sndri anak first alahan start 11-18weeks. Badan tk ada sakit2 or penat2. Prgnat second pun sama alahan start 11-19weeks. Cuma tak teruk macam anak first. Tapi yg second ni badan dok sakit2 je, cepat penat. Saya akan terangkan dekt husbnd kalau nk minta tolong dia urut or sabu minyak. Always cakap anak first dgn second ni tak sama. Jadi awk kene tolong sy. Kadng2 suami ni nak kene cakap terus terang, tak boleh nak di buat kona sana kona sini😆

Baca lagi

kalau syg baby, seeloknya jgn bt kerja berat.. even nmpk 2@3 kg brg tu rgn.. tetap berat sbnrnye.. sy prnh kguguran sbb alih kabinet ksut yg rgn🤣🤣 pdhl kte engsot je sikit² kaki dye.. lpas pde tu trus jd mcm period cramp.. dr pg bwk k mlm.. mlm g emergency, janin da kluar.. nk mnyesal pn da xguna sbab slh sdri xjge baby.. 😣😣 ikutkn husband mmg smua bnde kte xyh usik.. tp bosan tulaa..

Baca lagi

Merajuk boleh tak sis😅. cuba suruh mak sis cakap kat suami. cara cakap tu jangan macam sis suruh. macam seorang mak nasihat dekat anak. masa saya mak saya yang pesan dekat suami. jangan kasi bawak benda berat ye, jangan biar penat ye, jaga anak dengan cucu mak elok2 ye. sampai sekarang saya dah 6month tak pernah buat apa2. angkat bag ke, masak ke, semua suami. alhamdulillah suami memahami.

Baca lagi

sya start rasa mual waktu 9w-11w, memang awal2 saya bagitahu husb apa yg boleh apa yg tak boleh,explain pada dia supaya faham. lain org lain badan memang tak sama. n saya selalu jugak send video2 mcm kt Instagram tu kt dia n suruh dia tengok,if ada masa bersama,tfk bersama video², n tunjuk jugak kt apps ni kt dia,banyak info dlm ni blh share

Baca lagi

boleh bagitau husband sis secara direct tp klo dia xpercaya..sis tunjuk apps ni atau suruh dia install jugak..dlm apps ni pn ada bgtau symptoms2 ibu preggy..do & donts etc..mgkin dgn lbh byk bacaan & pendedahan,husband sis akan lebih memahami especially klo ni anak first.. semoga dipermudahkan urusan sis 🥰

Baca lagi