Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
mami 2 org anak
Air Ketuban
Salam, ada tak ibu² kat sini yang pernah bacaan air ketuban berkurangan?? Macam mana ibu² buat atau amalkan untuk jadikan bacaan air ketuban normal balik mengikut usia kandungan. Saya ada terbaca minum air tembikai, air kelapa atau perbanyakkan minum air kosong & berdoa pada Allah. Ada tak selain daripada itu??
Kedudukan bayi songsang
Salam & hi, nak tanya pengalaman ibu² yang bayi songsang dalam kandungan. Sebab sy sekarang dah masuk minggu ke27, minggu nie kerap rasa perut macam padat sangat kiri kanan tetapi hanya rasa padat keadaan melintang je. Hanya rasa padat & perut ketat macam tu bila waktu malam sahaja. Waktu anak sulung dulu, takde plak rasa macam nie. Kandungan kedua mencabar sikit dari anak sulung sebab bayi songsang. Ada tak ibu² yang lain pengalaman macam tu juga? Terima kasih
Air gula perisa oren di klinik luar
Air gula ini lagi sedap dari air gula yang kat kk, minum pada suhu bilik pun tak rasa nak muntah atau perit di tekak. Terasa macam minum air gas perisa oren F&N je..sekadar berkongsi pengalaman sahaja
BKM ibu melahirkan anak tahun 2023
Salam, nak tanya Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ibu melahirkan anak untuk tahun 2023 masih ada atau dah dibatalkan sebab pertukaran kerajaan?terima kasih #ingintahu
Seorang atau kembar?
Salam, sy nak tanya di antara kalangan mummies sekalian..ada tak pengalaman sewaktu scan trimester satu, nampak seorang je baby pastu masa trimester kedua baru la nampak ada kembar??nak tahu pengalaman serta cerita² dari mummies sekalian..macam sekarang sy berharap mengandung kembar tetapi seorang je, alhamdulilah dengan rezeki..mungkin mummies boleh berkongsi pengalaman terkejut & gembira tu tetiba dari satu jadi dua.