Tiada alahan dan suami tak memahami

Hai, saya nak tanya pendapat semua. Saya sekarang dah pregnant 7 weeks, tetapi langsung tiada apa apa alahan seperti mual-mual & pening. Cuma ada rasa penat kalau terlebih buat apa apa aktiviti fizikal. Husband saya pula caring je pasal saya pregnant, make sure makan saya terjaga, tapi dia macam tak faham yang bila saya cakap saya penat, cepat mengantuk, atau macam bila saya mengelak/tutup hidung bila dia guna spray pewangi rumah dan spray dalam kuantiti banyak (sebab tu beracun dan bahaya untuk baby). Semalam dia ajak saya kemas kemas rumah untuk pindah, angkat kotak2. Disebabkan saya takda alahan berat, dia anggap pregnant tu biasa je. Baru baru ni takda rasa apa apa katanya, lainlah kalau dah sarat yelah penat. Macam mana saya nak fahamkan dia ya..#firstmom #firstbaby #pleasehelp

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

macam sy haritu, waktu awal kandungan. Suami sy anggap sy mengada² penat, loya muntah serta cirit birit. Sy terus cakap kat dia, takpe sy akan minta dengan Allah agar Allah bg awak rasa apa yg sy rasa sekarang. Makbul doa sy tu, hahaha..ada satu hari tu dia kena sebijik macam sy, sy plak masa tu xde rasa apa².. sy cakap padan muka, Allah bg balasan kat awk. Dah la kita nie mengandungkan anak dia, boleh dia ingat kita nie saja buat² tu semua. Tak kuasa la nak belakon sakit ke apa, penat kot. Sekarang suami sy lebih prihatin sedikit dari sebelum nie dengan sy dah 6bulan sekarang. So sis, kalo laki sis masih tak memahami..senang je, kita berdoa pada Allah..biar Allah bagi dia rasa sebijik macam kita kena, sis minta la dia kena 3-4hari bagi dia insaf skit serta hormat kita nie mengandungkan anak dia.

Baca lagi