Pengalaman keguguran

Hai mommies semua.Sy baru 2 hari lepas keguguran bayi pertama😌sy sekadar nak kongsi tanda yang sy alami sebelum keguguran dan tak berniat nak menakutkan ibu-ibu yg lain ya.Sebelum turun darah,sy alami cramp perut yg teramat sakit sampai pinggang dalam masa 20 minit.Mula2 ingatkan normal sbb rahim mengembang.Btw sy dalam 2nd trimester usia kndungan 16 minggu 3 hari masa tu.selepas tu cramp perut on off datang.Hari ketiga selepas cramp perut tiba2 ada spotting.dah rasa tak sedap hati tp masih fikir positive.Tiba2 mlm rasa sesuatu mengalir keluar macam darah period.Pg check pad,pad dh hampir penuh darah cair coklat.Call husband terus pergi emergency.Smpai emergency doctor scan baby dh tak ada dalam kantung terus doctor call dewan bsalin and nak check TVS.Sampai dewan bsalin br nak tukar kain hospital, buka seluar terus darah cair dan ketul2 keluar😢tak lama lepas tu janin pun keluar sekali.Sy pasrah dalam senyuman masa tu.Baby dah cukup sifat dan boleh nampak jantina😌baby boy💔sy cuma boleh bagitau utk 1st time mom macam sy yg ragu2,kalau rasa sakit dan tak sedap hati terus pg jumpa doctor.Jangan tangguh2 sebelum terlambat macam sy.semoga ada rezeki sy dan suami selepas ini☺️

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

stay strong sis, apa2 pun semoga akan ada rezeki lepas ni.. btw maaf kalau kasar sis apa penyebab sis gugur ya?

2y ago

Tak pasti juga sis sbb apa..sy ada tanya doctor, dia cakap banyak punca tak semestinya sbb makanan..sy kalau bab makan pun bhati2 juga..dah tertulis bukan rezeki sy dan suami😊