Nak cerita sikit

Hai korang nak cerita sikit, semalam ada pergi klinik kk checkup bulanan baby 6 bulan. Lepastu nurse cakap kalau nak bagi kek ke ataupun apa yang kita makan ke, nak bagi bagi jee jangan catu catu. Hahaha memula terkedu juga. Yela kek tu kan manis, pastu makanan yang kita makan mesti ada garam dan perasa an. Saya macam ehh boleh ke kan baru 6 bulan. Saya iyakan ajelah. Apa pendapat korang. 🤭

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

dia kan sebenarnya tengok pada penerimaan bayi tu, ada bayi boleh terima dan tak memilih, ada bayi boleh terima dan jadi memilih, ada bayi tak boleh terima makanan manis. sebabtu penting 4daysrule sebab nak tengok anak allergic ke tak ataupun boleh terima tak sesuatu makanan tu. ikutla parent nak bagi atau tak tapi risiko nya kene terima laa. mesti ada parent yang "aku bagi okay je anak aku". yelaa lain anak lain perkembangan dia. so tak boleh expect semua anak boleh je makan gula garam ni. buah pinggang bayi masih belom matang sepenuhnya, seeloknya elakkan laaa gula garam ni. takut anak cosume berlebihan boleh bahaya

Baca lagi

kalau taknak anak biasa makan manis2, jajan/cake/coklat dan seangkatan dengannya, kawal dari awal. makanan lain saya okay lagi, tapi bab ni saya strict sebab terang2 untuk orang dewasa pun tak healthy. no salt no sugar atleast sampai 2 tahun. buah pinggang, jantung dan organ dalaman lain baby belum completely matang lagi, anything can happens kalau tak terkawal plus kita sendiri tahu keburukan garam/gula ni. makanan yang diberikan bukanlah "kosong" semata mata, banyak bahan asli boleh digantikan dengan salt/sugar. tugas kita hanya memperkenalkan PELBAGAI makanan, menu untuk anak kita explore.

Baca lagi

Pemakanan anak 6 bulan 9 bulan 1 tahun smua berbeza texture makanan untuk membantu dalam perkembangan oral anak contohnya pertumbuhan gigi dan pertuturan anak... Kalau puan tengok dalam buku kesihatan anak puan, dalam buku tu ada info berkaitan pemakanan anak bemula daru usia 6 bulan, termasuk kuantiti dan kekerapan anak perlu makan.... Pemakanan anak2 ni penting seawal bayi dalam kandungan lagi utk elak kan sebarang komplikasi.... Pemakanan anak perlu sihat utk elak terbantut.... Bawah usia 1 tahun... Makanan anak tak perlu letak sebarang perasa garam atau gula....

Baca lagi

X semua staff nurse ikuti kursus pemakanan awal kanak2. Kdg tu nasihat base on experience. Bukan saranan kkm or who. Depend on kita nk ikut mana yg kita rasa baik. Klo base on experience ni tak semua org sesuai but follow guide from kkm or who insyaallah sesuai utk semua org cause dah ada kajian.

Klau anak saya tnggu setahun lebih baru intro sikit2 bnda manis2.. itupun tersangatlah jarang bagi.. hasilnya anak akan tolak benda yg terlalu manis, dia tk suka makan.. macam anak akak saya stock jajan dkt rumh dia penuh smpai anak kurang mkn nasi.. anak dia pn kurus je dan cepat sakit2 demam selesema

Baca lagi

Mungkin maksud nurse tu bagi anak rse. Tapi anak baru 6 bulan kan, fasa kita baru nak kenalkan solid food dekat baby so better follow saranan kkm.. bagi rse makan berperingkat.. sebab makanan yg kita bagi tu pengaruhi pembesaran anak kan.. kalau sy pun mmg x berani bagi yg bergula..

Puan boleh check kat apps ni juga sebenarnya..kat ruang search isi nama makanan, then pilih kategori makanan & nutrisi. mcm ni sy dh carikan untuk kek. Puan boleh baca penerangannya.

Post reply image

bg calit je. bukan bg mkn kenyang. 😂 mcm sy, Kalau kitorang mkn ice cream vanilla ke apa,mmg calit sikit kt mulut. kesian terkunyah². lgpon dh 6bulan kn. in Sha Allah xde pape

sy tak bg ank mkn manis gula2 sampai setahun. kmudian slow2 intro pd setahun. kesannye, ank tk mintk jajan. dan jajan hnya hari sabtu. makn ok tak memilih.

Nurse bukan doktor awak. Sebab itu bukan kepakaran mereka. Mereka pun di pantau oleh doktor. Sebab tu saya apa apa akan rujuk terus ke paed. Ini pendapat saya la.

1y ago

yep betul