Makan Manis

Betul ke kalau selalu makan manis seperti kek nanti lahir baby besar? Sy selalu mengidam nak makan makanan manis ?

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera. Tahniah atas kehamilan puan. Untuk makluman anda, apabila mengandung, wanita hamil membawa risiko penyakit yang lebih tinggi atas pelbagai faktor. Antara penyakit yang sering berlaku adalah masalah metabolisma gula iaitu kencing manis ketika hamil. Disebabkan oleh risiko ini, para wanita hamil dinasihatkan untuk mengawal pemakanan, disamping mengurangkan makanan manis, para ibu perlu mengambil serat dari buah-buahan dan sayur sayuran serta mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Pengambilan makanan manis bukanlah dilarang, namun, ambil dalam kuantiti yang sederhana dan tidak terlalu kerap. Salah satu komplikasi kencing manis ketika hamil adalah “macrosomic baby” iaitu bayi yang bersaiz besar, air ketuban terlalu banyak dan kelahiran pramatang. Bayi juga boleh mengalami komplikasi lain selepas lahir. Oleh itu, kawal pemakanan dan patuhi jadual pemeriksaan ibu mengandung di klinik agar sebarang masalah boleh dikesan dan ditangani pada peringkat awal.

Baca lagi
5y ago

Doc, adakah pengambilan susu (susu tepung or fresh milk) setiap hari boleh menyebabkan baby besar? atau Doc boleh kongsi, penyebab "baby besar" ini?

Ade betulnye.. Sbb faktor gemok, diabetis tu kan dr makan makanan x sihat. Manis.. Syg diri syg baby kena kawal taw.. Blh makan tp berpada2... Amalkan senaman utk ibu mengandung so balance... Nti ade kencing manis time pgnent lg leceh.. So kene sentiasa beringat ye

alhamdulillah la.. selama mengandung ni makan kek, coklat, air manis2.. tp bila scan baby tumbesaran dia normal dgn umur dia.. tak besar or kecik.. tp balance kan la mknn manis tu dgn mknn sihat.. sy makan coklat 1 hari 1 kali je.. banyakkan mkn buah n air kosong

Sy mse preggy no2 boy, sy hri2 mkn longan tin, bby kua 2.85 jek.. Depend body msing2.. Slalu kalo mkn mnis2 ni bkn sbb bby besar, tp nty takot gdm.. Alhmdulillah sy xde gdm dri mgndung ank first smpai skrg tgh preggy no3..

kalau dah hujung2 jangan banyak manis2 sis nanti kembar darah... kembar darah sakit , bila pregnant ni berpada2 je nak makan manis minum manis... makan minum manis boleh tp kena baNyakkan air masak ye

VIP Member

Tak kisah kalau nak makan manis, tapi makan biarlah berpada2 & kuantiti sederhana.. Sebenarnya, ibu boleh tkena kencing manis masa mengandung & blh sbbkan risiko utk lahir baby besar

Saya last last week tu asyik makan chocolate je semua chocolate cake saya bedal hahaha baby ok normal 3.07kg je lahir Alhamdulilah

Iya btul tu sbb mkan manis2x bleh membuat c baby mmbesar... Tpi klau mkan manis2x tu jngan lupa minum air bnyak2x k

VIP Member

yeke..sy xtau...sehari mst 2x nk air manis...pg dgn mlm...tp mnm air putih byk la..buah² pon manis jgk.

VIP Member

Nurse pnh ckp klo hari2 minum air kotak susu mungkin baby akan bsr, berat mak pon naik.. sbb manis