Nak cerita sikit

Hai korang nak cerita sikit, semalam ada pergi klinik kk checkup bulanan baby 6 bulan. Lepastu nurse cakap kalau nak bagi kek ke ataupun apa yang kita makan ke, nak bagi bagi jee jangan catu catu. Hahaha memula terkedu juga. Yela kek tu kan manis, pastu makanan yang kita makan mesti ada garam dan perasa an. Saya macam ehh boleh ke kan baru 6 bulan. Saya iyakan ajelah. Apa pendapat korang. 🤭

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kalau taknak anak biasa makan manis2, jajan/cake/coklat dan seangkatan dengannya, kawal dari awal. makanan lain saya okay lagi, tapi bab ni saya strict sebab terang2 untuk orang dewasa pun tak healthy. no salt no sugar atleast sampai 2 tahun. buah pinggang, jantung dan organ dalaman lain baby belum completely matang lagi, anything can happens kalau tak terkawal plus kita sendiri tahu keburukan garam/gula ni. makanan yang diberikan bukanlah "kosong" semata mata, banyak bahan asli boleh digantikan dengan salt/sugar. tugas kita hanya memperkenalkan PELBAGAI makanan, menu untuk anak kita explore.

Baca lagi