Penattt....

Hai ibu2, saja nak meluah. Give up dah rasanya nak jaga baby high demand ni. Xtaw lah dia ni nak apa. Tu tak kena ni tak kena. Bukan suruh buat kerja pun, bagi susu, main kejap tido je la.. Ni melalak je kejenye. Rasa nak tekup pakai bantal pun ada.. Penat dah badan mental semua.. Rasa lambat sangat baby ni nak besar.. Entah la, nak tulis apa lagi pun saya xtahu. Rasa nak menjerit xkeluar suara.. Penat lah, penat penat...

45 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Apa sis rasa valid tau sis.. semua sis rasa tu saya pernah rasa.. saya masa pantang tiap hari nangis, selalu jgk terlepas stres kat suami jadinya selalu bergaduh la kami masa tu. bila baby melalak saya sampai salahkan kampung suami ckp ni semua sbb setan2 kt hutan sana. (Kelakar lak bila igt balik) Lepas balik ke rumah sendiri, jaga baby sorg, masa ni la saya mcm nk gila. Dh pakai buai, bedung, paci, white noise semua tk jalan. Setiap hari ckp kt suami saya rela mati daripada jaga baby ni. Suami pun ikut stress and risau kt tmpt kerja takut si isteri buat benda bukan2. Ada hari jerit depan anak release stress. Ada hari ter’pukul’ anak saya babab bontot dia. Rasa nak tekup, lempang, baling dia semua ada, nasib baik masih ada sabar dan kewarasan je. Baby kadang bangun 2pagi pastu nangis melalak sampai 7pagi baru lelap. Stress gileeee. Saya rasa ni semua baby blues/post partim depression… Skrg baby sy 5 bulan lebih, banyak celoteh n senyum. Kurang menangis, menangis tu ada tapi tak seteruk masa dia newborn. Kalau newborn nangis tahap 10, skrg tahap 6 ke 7 gitu 🤣 dan saya hantar dia ke taska awal… supaya saya dpt rehat, at least ganti tidur. Sis boleh sis.. mmg penat. Nak jerit, jerit je!! Kalau sis ada bajet lebih, sis boleh lah jumpa kaunselor and luahkan. Kita kuat sis!! 💪🏻💪🏻

Baca lagi

Teringat anak second saya yg high need. Semua dah buat, dah beli. 5s lah, banyak juga habis beli buai letrik, carrier, bantal beras, white noise, pacifier sampai 7 dari murah ke mahal 😂 etc. Dah buka surah2, bunyi vacuum & hairdryer pun tak jalan. Time dalam perut hari2 dah usap belai ckp jgn jd high need & dgrkan surah2. Ehhh tidak menjadi! CL 20yrs experience jaga sampai 46 hari pun bingung. Mak & mertua pun bingung, hampir nak bawa jumpa ustaz. Literally setiap hari saya mula tidur 7am, malam totally berjaga sebab dia melalak. Tidur 15min-30min then bangun. Pernah terjerit kt muka dia, tertepuk punggung dia kuat2 sampai dia tersentak 🥹 Last resort mmg nk bawa berubat or jual/tukar nama, tp CL kata rasanya bukan sebab ‘tu’. So saya try hari2 saya sendiri baca surah2 tiup kt ubun2 dia, sebut benda2 baik. Dia tantrum saya sabar dulu layankan. Surprisingly masuk 3m hilang segala high need 😭 Slow2 dia sendiri taknak paci buai etc & mudah sgt jaga sampai now dah nak setahun. Tidur malam lama & takde ganggu saya husband. Sabar ya mommy. Saya punya serik kan selalu ckp kt husband, nk beranak lagi tp taknak anak high need. Tak sanggup nk lalui lg fasa NB yg camtu 😭😭😭

Baca lagi
5mo ago

Sabar sis. Jgn rasa gagal. Kuatkan semangat walau rasa mentalll sgt. Cuba nanti usap2 ubun2 baby tu tau baca2 surah lazim ke. Saya ikhtiar camtu sbb takut sgt berlarutan. Ada yg kata sampai budak tu setahun & lebih pun ada. Tp Alhamdulillah berkat saya sabar & ikhtiar, Allah bantu 😭 Kalau ingat balik saya mmg serik sgt dgn luka czernya terbukak balik sbb renyah dlm pantang

baby high demand memang gitu sis. sy pun nangis bila jaga anak lagi² time malam. memang tak boleh nak tido. masa tu pun pjj dengan husband. takda ilmu pasal baby high demand ni dah la anak 1st. sis cuba bedungkan baby kalau baby jenis ok berbedung. baby hd ni jenis suka tido kat bahu. bila baby dah lena kat bahu, slowly letak baby kat katil/tilam secara meniarap. baby hd ni pun suka berbuai. kalau sis takut nak biasakan tido berbuai, sis kenalah jadi buai utk baby. kena buai laju ikut energy baby masa tu. kalau melalak kuat kena gerak buai kuat. masa nak tidokan buka whitenoise. baby hd ni kuat/suka menghisap untuk tenangkan diri. sis boleh je bg pacifier. ni apa yg sy belajar lepas dpt tahu anak sy jenis hd. paed kata tak lama pun baby hd ni sampai 3 bulan je. lebih dari 3 bulan tu tak kira hd dah. sis banyakkan bersabar ye. gilir² jaga baby dengan husband. saya sampai 3-4 kali terbuka jahitan czer sbb jaga anak hd ni

Baca lagi
5mo ago

Anak saya semua dekat atas takmau .Pujuk pun takmau. Last biar je di nangis lama lama dia tidur . Tapi mental kita jadinya dengar dia nangis plus risau biar dia lama lama nangis

Saya faham sis.. anak saya skrg 2 bulan 22 hari. Masa dlm pantang mmg asik meragam je sampai ada masa saya biar je dia nangis tanpa angkat dia. Bila dah okay sikit, baru saya pujuk dia n tepuk² bagi dia lena. Dia pun baru nak serasi dgn alam dunia, mmg makan masa sikit. Tiap kali lepas menyusu, jgn lupa sendawakan baby. Tiap kali tukar pampers, sapu sikit minyak telon kat dada, perut, blkg badan, betis & tapak kaki baby. Macam anak saya, tiap kali nak tido mst kena bedung dulu...kalau x, mmg xkan pejam la matanya. Sangat² high demand even dah follow rules 5S. Saya suggest sis follow "Baby Language" dekat fb, ig or tt. Banyak ilmu pasal tangisan baby dlm tu. Semoga sis terus kuat yea ♥️

Baca lagi
5mo ago

😢😢

saya sekarang dlm pantang 23 hari, perasaan yg sama lalui, suami pjj, dodoikan sambil menangis sbb terlalu penat, saya kalau stress saya tinggalkan skjp biarkan dia menangis ambil masa untuk tenangkn diri sendiri sbb risau tak boleh control emosi, pernah rasa nk lemper, tapi still boleh kawal..bila diri dh okey baru ambik balik baby, ajarkan menyusu sambil baring mengiring, supaya tak penat angkat letak, angkat letak, kadang2 dia mnyusu last2 tertidur. yang paling penting minta kekuatan dari Allah supaya boleh sabar..penat tu mmg takyah cakap, hanya kita je tahu.. moga terus kuat ibu2 sekalian.

Baca lagi

huwaaa trgt jg.. 5bln tak tidur malam sbb anak nya timing tdo trbalik.. penah menangis jg.. tp minta Allah mudahkan...msa buai anak tu , pandang cermin n ckp kt diri.. xpa.. xlama. kejap je.. ada 1 kejadian (batuk berpjgan). sampai warded. risau gila sbb fikir anak xtdo malam, macam mana nk stay kt hosp.. rupanya bila kt hosp dpt neb, spray2 nasal tu.. dia dh boleh tido malam... sjak dr tu tdo mlm dh pass.... sy trfikir mgkin ke 5bln sblm ni dia ada masalah xselesa nk tdo tu yg buatkan dia xtdo mlm.. apa2 pn smga Allah mudahkan urusan... doa byk jgn buat bnda pelik2

Baca lagi

baby sy high demand.bgn tido menangis,pampers basah menangis,bukak n pakai baju menangis,nak susu lagi la menangis.sy pon pernah menangis sekali.burnout.tapi saya mula dgn go with the flow,bila rasa nk marah sy tarik nafas dalam2,istighfar..then hari2 tanpa gagal sy selalu ckp dekat baby sy,kesian dekat ibu jgn menangis selalu ye.baca surah al insyirah dan surah taha. alhamdulillah masuk skrg bulan ke 4,kurang menangis,dh mula gelak2 main,suka naik kereta,pakai baju tak menangis.InsyaAllah,selalu ckp yg baik2 dekat anak,kitakan ibu,doa ibu Allah makbulkan.hugs sis.

Baca lagi
5mo ago

insyallah sis saya kuatkan diri.. tq sis singgah komen beri pendapat

TapFluencer

Baby high demand.. Ya memang penat. Boleh belajar tenangkan dan tidurkan bayi di medsos Baby Language. Set in mind, kita hadapi kepenatan ni sementara je.. bila burnt out, Cepat2 ingatkan diri bersyukurlah dikurniakan anak yg kita nak sangat sebelum ni.. Cuba lah.. Saya pun dah cuba masa burnt out. Alhamdulillah... Zikir Fatimah jangan lupa.. Zikir yg di pesankn oleh Nabi Muhammad kepada anak perempuannya Fatimah yg penat; 33x SubhanaLlah 33x Alhamdulillah 34x Allahu Akhbar Amalkan sebelum tidur dan selepas solat.. Tengok perubahannya

Baca lagi

Saya pun tgh mengalami fasa ni awk. Ada masa rasa nk jerit n nngis. Apa cara kita buat semua tak kena. Saya pun ada juga bila dia nngis , saya nngis. Trtepuk kuat dia. Serba salah lps tu. Tu la. Saya faham perasaan awk. Apepun awk jaga mental awk tau. Luah perasaan awk dgn suami, atau sesapa sekeliling ada dgn awk spy awk lega juga. Saya hari2 doa dan sebut, cepatla habis fasa nb n ilangkan sifat high demand ni. Saya pun tak larat. Moga sis sntiasa sihat n kuat. Inshallah kita doa sama2 agar anak kita bralih fasa ni dgn cpt

Baca lagi
5mo ago

insyaallah sis, sama2 kita kuat. tq

Faham sis.. sy sampai 7 bulan, hampir setiap hari nangis sbb tak leh tido malam, sampai sy ter tnya2 sampai bila kehidupan aku macam ni. nak makan nak mandi semua tak sempat. Rupanya tak lama pun alhamdulillah.. anak yg dulu high demand skrg jadi anak yg sgt baik, mudah urus. sis sabar ya, setiap kali rs gelisah stress uruskan anak.. bacalah surah al insyirah, di setiap kesusahan insyaAllah ada kemudahan.. moga sis mudah urusan

Baca lagi
5mo ago

H you ooo