Nak meluah sebab saya penat...

Dosa ke kalau terdoakan suami biar injured luka kaki ke tangan ke terkehel ke. Saya penat 😔 dia hari hari main bola, pickle ball, futsal. Kerja 9-5 pastu lepak kejap and sambung bersukan. Weekend selalunya tidur and bersukan jugak. Sy minta tolong jaga anak mesti alasan dia "i nak bersukan la". Sy tgh sarat pregnant 2nd baby. Yg sulung 3yrs tgh melasak Tadi dia balik kejap tukar kasut and sy ternangis non stop. Then dia tanya "kenapa ni? i ada bola ni" sy tak terkeluar satu ayat pun. Mampu nangis je. Rasanya dia tahu je kenapa sy nangis and dia ckp "jangan mengada la, macam budak2. Rileks dah la" sumpah rasa macam kena hiris hati. Auto terdetik ya Allah tolong la injured ke terkehel ke apa ke 😭 Btw dah selalu gaduh bab sukan and melepak ni. Even nak slow talk discuss elok2 pun end up akan gaduh sebab dia akan melenting. Macam kalau sehari tak bersukan tu dosa pulak. Kita ni kawan pun takde, lps kahwin resign and ikut dia so duduk jauh dgn family. Dia dgn anak jela kawan. Nak cerita dekat siapa pun taktau sbb entah la sy rasa ni aib. Tapi berat betul dada. Harini baby pun tak aktif sangat. Tah la penatnye

20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy pun pnah doakan mcm tu kalau dia tetap dgn hobi dia g mancing. doa dia jatuh bot la. sbb dh pesan jgn g mancing, jgn aniaya haiwan lebih2 lg time mengandung ni. sy tak nangis, tp nak marah sbb dia buat derkkk je bila sy ckp pesan org tua2. dia kata mengarut lah, benda2 mistik takde dlm quran la (padahal dia tu pun liat nak baca quran, solat pun lewat) . pesan org tua2 mmg ada stgh mengarut, tapi kita kena ambik jgk sebagai langkah berjaga2. jangan belit2 rambut, jangan menjahit bantal , simpan benda tajam, jgn aniaya haiwan. selain tu sy mkn jgk la vitamin hospital utk anak sihat. tp yg tak berjaga2 itu si suami.

Baca lagi

Macam sengaja je mental torture. Sy anak baru masuk 2, yg first dah 5 tahun, pun husband sy cepat2 balik rumah handle anak2. Ada je pergi main golf itu pun anak 2nd baru dia berani pergi sbb anak first dah boleh menolong. Itupun sbb family punya game terpaksa la join n dia cepat2 balik lepas main tu. Ni layak dipanggil bapak ke kalau suka buat perangai mcm ni? Mcm kes absent father ni. Dia fikir anak tak tau apa so biar bini tanggung sorg, nanti anak dah besar baru jadi bapak mithali jadi bapak kesayangan anak2. Eh bo do nya.

Baca lagi

sis kalau doa suami injured ni kan bukan mendatangkan hasil , mendatangkan masalah lagi adalah Mai dia sakit lagi peel bukan2ndan menyakitkan hati , baik sis layan movie , start buat hobi baking ke apa yang seronok, cakap dengan suami bg duit saya nak lepak dengan anak awak pi main sukan tak balik pun tak apa komfem dia sentap , sabar okay ok suami ni bila kita tak ada baru nak menyesal , hug dari jauh untuk you be strong ❤️

Baca lagi
4w ago

dhlh jenis kalau demam pun tinggal wasiat kalau injured tak pasal2 nk melayan perangai tah apa2

Be strong momy 🫂🤍.. I doakan semoga Allah lembutkan hati asben u & semua yg sedang alami situasi berat nie utk sedar apa yg dorg buat nie tak baik. Kita sedang berjuang jaga amanah Allah & zuriat mereka. Moga Allah bagi kekuatan juga utk momy bertahan ye. InshaAllah, ada pelangi selepas hujan.. Aamin YRA 🤲🏻🤍 Take care momy 💖

Baca lagi

hi sis, cari hobi baru sis. kalau husband u kluar bersukan u pergi brisk walk dekat taman terdekat. kalau suami tanya, buat apa semua tu. jawab je awak imam keluarga, ketua keluarga, saya ikut ketua, ketua tunjuk contoh bersukan wife & anak kena ikut bersukan. nak sihat, sihat sama sama ❤️

Ni susah laki mcm tu, tak tahun beza dah kawin dgn bujang. kalau isteri sakit ke baru ngelabah. Suami sy kadang2 melepak juga tp slps anak2 tido mlm. Mmg dr awal sy ckp gitu n diapn faham. Moga awk diberi kekuatan ye. Doa byk2 biar dia berubah. Kgn stress ye tgkla tv ke layan youtube ke ok

Suruh dia ambik bibik Utk tolong awak Urus anak2 … kalau dia pemalas sgt nak jaga anak … tahu main je … ataupun awak ambik je duit dia setiap kali dia nak Kluar melepak atau sukan tu ambik la duit tu utk beli apa2 bnda yg boleh hilangkan stress awak … shopping ke makanan ke

sy dengar ceramah ni dari syamsul debat . kalau boleh amalkan, awk amalkan ya. setiap kali bilasan terakhir basuhan beras, baca "ya latif 3x, ya Allah lembutkan lah hati suami ku sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi" . kita ikhtiar. sy selalu amalkan

4w ago

ye saya selalu buat juga husband panas baran sekarang dah takda panas baran dia kalau dengan saya

saya anak first..sy senyap...masuk ank no 2...sy dpt blues post partum...kaunselor kate..pe yg x puas hati..ckp je..jgn beban kan diri...hah...skrang suamj sy x brani kuar mne2...slalu balik cpt..sbb nak main dcn ank2 ja. .

ini la yg sy lalui slps bkahwin, sakit hati & stress sampai sy miscarriage 🥹🥹. sy doakan semoga sis diberikan kekuatan, damai dlm mghadapi semua tu. smoga Tuhan mberikan ksedaran buat husband sis 🫂🫶