Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai Doctor. Terima kasih kerana sudi membaca & menjawab soalan saya. Saya merupakan seorang ibu mengandung, sekarang kandungan saya berusia 34 minggu. Saya dikategorikan dalam kumpulan darah jenis O+, manakala suami saya A+. Saya pernah tanya doktor di tempat saya, risiko bayi saya mendapat Jaundice. Doktor ada beritahu sekiranya bayi saya juga kumpulan darah O+, kemungkinan bayi saya berisiko rendah dapat Jaundice. Sekiranya bayi mengikut jenis darah suami, kemungkinan besar bayi akan mendapat Jaundice. Soalan saya, bolehkan Doktor terangkan lebih lanjut berkaitan penerangan doktor saya diatas & apakah persediaan yang sewajarnya saya ambil dari sekarang sekiranya bayi saya mendapat Jaundice apabila dilahirkan nanti. Ada juga sahabat berkongsi tips untuk elakkan bayi terkena Jaundice adalah minum air kelapa, amalkan anggur hitam & sebagainya. Adakah ini tepat? Terima kasih Doktor. 😊

Baca lagi
6y ago

Sekiranya ibu kumpulan darah O and anak kumpulan darah berlainan, darah yang tidak serasi ini akan menyebabkan antibodi ibu menyerang sel darah merah anak. Sel darah merah yang pecah ini akan meninggikan bilirubin (pigmen kuning) dalam badan. Jadi bayi berkemungkinan mendapat kuning tinggi. Cara untuk turunkan kuning ialah kerap menyusu anak kerana kuning yang berlebihan akan diproses oleh hati dan dikeluarkan oleh badan bayi melalui berak dan kencing. Amalan air kelapa, pemberian anggur tidak akan membantu langsung dan bayi mungkin cirit-birit atau mendapat jangkitan usus.