Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai doctor.. Anak saya dah 23 hari.. prolong jaundice.. Dengan bacaan 9.5. Saya banyak bagi dia BF.. Kuning dia lambat sangat turun.. Dah check darah semua keputusan okay. Tak ada masalah. Kencing pun okay.. Kalau kata dari segi makanan..saya tak ambik pun mana2 pati atau herba lagi.. Halia pun tak makan setakat ini.. Tapi kuning baby still lambat sangat turun. Menyusu dan berak pun dia kerap..timbang belum cukup sebulan dah naik dari 3.05 kepada 4.02kg. Kumpulqn darah saya B positif.. So..nak tanya kat sini..kenapa kuning baby masih juga lambat turun? N setiap kali bagi susu badan ada masa baby terbatuk. Kenapa ya doc?

Baca lagi
6y ago

Halia jika tidak berlebihan tidak akan menyumbang kepada kuning bayi. Tetapi herba, tidak disarankan ketika bayi kuning.