Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai doctor.. Saya 41tahun.. Tengah mengandung 36 minggu.. First baby.. Semasa awal hamil sehingga sekarang tiada masalah darah tinggi n kencing manis.. Air ketuban pun ok.. Uri semua di atas.. Last scan baby dah kepala je bawah.. Belum masuk laluan.. Tapi doc tetap mengata kan sy tidak bole bersalin Normal.. Walau baby saya sekarang 2.5kg.. Dengan alasan faktor usia, anak first umur 41 takut x der laluan, takut Tiba2 Bp naik.... Bole bagi pandan gan Doctor??

Baca lagi
6y ago

Bidang O&G saya kurang fasih. Tapi sekiranya puan inginkan pendapat kedua, puan boleh berjumpa dengan doktor pakar O&G lain.