Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Pemakanan Semasa Tempoh Ramadan kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Soalan boleh merangkumi makanan yang harus diambil, dielakkan dan lain-lain semasa berpuasa. Berguna untuk ibu hamil yang ingin berpuasa pada bulan Ramadan. Puan Syaza merupakan Pakar Pemakanan bertauliah dalam kajian pemakanan dan nutrisi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 22 April 2020, pada jam 4 sehingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan pemakanan semasa tempoh Ramadan. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan
73 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum puan...sy dh 33weeks, 13 thn kahwin...dan ini ank pertama kami...now tgah mengalami buasir n kdg2 berdarah...sy nk bertnya pendapat boleh kah sy berpuasa sepanjang ramadhan ni? Baru2 ni cuba juga utk berpuasa tetapi tahan smpai tgahari shj sbb bila mmbuang buasir sy berdarah dan sy buka puasa untuk pastikan sy dpt minum air secukupnya...Tq 😍

Baca lagi
6y ago

Tapi jika masih beterusan masalah ini, sebaiknya puan rujuk OBGYN puan semula ya