Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Laktasi atau Kesihatan Gigi Anak dan Bayi kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Dr. Sylvia Lim merupakan Doktor Gigi dan Perunding Laktasi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 15 April 2020, pada jam 8 sehingga 9 malam. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Laktasi & Kesihatan Gigi Anak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi
56 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Bayi saya berusia 7 bulan dan telah tumbuh 2 gigi di bawah. 1) Bila perlu bawa dia untuk buat pemeriksaan gigi? 2) Bermula usia berapa anak boleh guna ubat gigi? 3) Ada pemakanan ibu mempengaruhi penghasilan susu yang berkualiti untuk bayi? Sebab sejak bayi saya berusia 4 bulan, berat badannya agak statik dan naik sedikit tetapi masih dalam graf putih. Terima kasih

Baca lagi
6y ago

Hi Siti. 1) pemeriksaan gigi boleh bermula bila gigi pertama tumbuh. Iaitu seawal 4-6bulan. 2) selepas baby jumpa doctor gigi, dr akan check sama ada baby ada lubang gigi atau masalah gigi yang lain. Selepas itu dr akan cadangkan ubat gigi yang sesuai. Kalau baby gigi berlubang, ubat gigi yang berkandungan fluorida akan dicadangkan. 3) Sebagai seorang kaunselor menyusu, saya tidak galakan pengguna susu formula,sebab susu ibu adalah paling bagus dan sempurna dengan nutrisi yang mencukupi mengikut keperluan anak anda. Saya menggalakkan siti terus menyusu sampai anak berumur 2. Terima Kasih dan harap saya sudah jawab soalan anda ❤️