Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Laktasi atau Kesihatan Gigi Anak dan Bayi kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Dr. Sylvia Lim merupakan Doktor Gigi dan Perunding Laktasi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 15 April 2020, pada jam 8 sehingga 9 malam. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Laktasi & Kesihatan Gigi Anak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi
56 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hai dr. Saya ibu kepada anak berusia 3 bulan. Anak saya tidak mahu breastfeed jadi saya pam untuk beri ebm kepada anak. Cuma sekarang ni saya punya milk supply semakin berkurang sebab kurang pam memandangkan anak saya suka didukung. Saya beri ebm & juga susu formula kepada dia. Ada possibility ke untuk saya kekalkan penyusuan susu ibu untuk tempoh yang panjang sekiranya tak dapat pam secara kerap? Ada tips tak dari segi pemakanan?

Baca lagi
6y ago

Hi Hanis, Untuk mengekalkan supply, kita perlu terus menyusu and mengepam. Susu badan dihasilkan mengikut keperluan anak. Kalau tidak kerap mengepam, susu badan kita akan makin berkurang. Tips yang boleh mengekalkan supply adalah seperti berikut. 1. Direct latch dan skin to skin secara kerap.( baby adalah pam yang paling bagus) 2. Power Pam, pam susu lebih kerap. ( pam 20min, rehat 5min, pam 10mins, rehat 5min dan pam 10min lagi) bila rehat, buat breast massage. 3. Milk booster: makan seperti fenugreek, alfafa dan oatmeals akan membantu naikkan hasil susu.