Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Laktasi atau Kesihatan Gigi Anak dan Bayi kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Dr. Sylvia Lim merupakan Doktor Gigi dan Perunding Laktasi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 15 April 2020, pada jam 8 sehingga 9 malam. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Laktasi & Kesihatan Gigi Anak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi
56 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai doktor..anak saya gigi nya dah mula pecah2..so bila menyusu tu jadi sakit pada ibu..apa penyelesaian nya?anak saya umur 2 tahun 3 bulan

6y ago

Gigi baby pecah sebab apa? Terjatuh atau karies? Kalau gigi karies, mungkin gigi baby tidak gosok dengan betul. Kita perlu bersihkan mulut, gusi dan gigi baby setiap kali selepas menyusu. Guna kain lembab untuk lap gusi baby. Guna berus gigi dan ubat gigi yang berfluorida untuk gosok gigi. Pastikan baby ludah ubat gigi selepas gosok gigi