Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Laktasi atau Kesihatan Gigi Anak dan Bayi kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Dr. Sylvia Lim merupakan Doktor Gigi dan Perunding Laktasi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 15 April 2020, pada jam 8 sehingga 9 malam. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Laktasi & Kesihatan Gigi Anak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi
56 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doctor, anak saye 6yr, x makan manis, gosok gg 2x sehari, so far gg ok sampai tgh tahun lepas, gigi depan mcm ada stain. Kuning coklat sikit, I tanye nurse gg di kk, die cuma explain gosok gg anak selalu. Saya nk tahu kenapa boleh ada stain & mcmana nak hilangkan terus?. Harini gosok, esok ade lagi. Bila anak senyum, nampak x cantik gg dia😅

Baca lagi
6y ago

Stain gigi adalah dari makanan atau plaque gigi. Best advice adalah berus selalu dengan berus lembut dan ubat gigi. Elakan makanan berwarna dan bergula seperti chocolate dan cola. Sneks yang lebih sihat adalah cheese sebab kurang bergula. Cek gigi di klinik setiap 6bulan supaya rawat gigi yang sudah berlubang. Gigi warna chocolate yang x hilang selepas berus mungkin adalah karies.