Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Laktasi atau Kesihatan Gigi Anak dan Bayi kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Dr. Sylvia Lim merupakan Doktor Gigi dan Perunding Laktasi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 15 April 2020, pada jam 8 sehingga 9 malam. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Laktasi & Kesihatan Gigi Anak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi
56 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai doctor..macam mana cara nak mengajar anak mengosok gigi?anak sy sekarang berumur 2tahun..tak nak langsung gosok gigi..tapi giginya baru tumbuh atas 4 dan bawah 2..

6y ago

Kita boleh start berus gigi dengan kain lembab dulu, stiap kali selepas anak makan. Slowly kita tukar kepada berus gigi dan ubat gigi. Berus gigi setiap bagi selepas bangun dan sebelum tidur, jadikan berus gigi satu tabiat yang baik. Ibu bapa juga boleh brush together dengan anak, supaya tunjuk cara yang betul.