Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Laktasi atau Kesihatan Gigi Anak dan Bayi kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Dr. Sylvia Lim merupakan Doktor Gigi dan Perunding Laktasi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 15 April 2020, pada jam 8 sehingga 9 malam. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Laktasi & Kesihatan Gigi Anak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi
56 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

soalan sya.. anak lelaki sya berusia 8bulan sudah ada 4 batang gigi ..dua gigi atas dan dua gigi bawah ...jadi sya perlu menggosok gigi nya berapa kali sehari dan bagaimana cara membersih kan gusi dan gigi dengan betul doctor??

6y ago

Kamu boleh bermula dengan bersihkan gigi dengan kain lembut, setiap kali selepas menyusu. Bila bayi biasa dengan routine ini, gunakan finger brush atau berus gigi yang lembut dan ubat gigi kanak kanak. Berus sekurang kurangnya 2kali sehari, pagi dan malam. Pastikan anak kamu ludah ubat gigi yang lebih.