Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Laktasi atau Kesihatan Gigi Anak dan Bayi kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Dr. Sylvia Lim merupakan Doktor Gigi dan Perunding Laktasi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 15 April 2020, pada jam 8 sehingga 9 malam. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Laktasi & Kesihatan Gigi Anak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi
56 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

halo doc...anak sy 3t3b,sbelum ni sy ada berjumpa dgn doc gigi..gigi anak sy ada sedikit karier...mcmna nak buat gigi yg bkarier itu bertukar jadi hitam...kalau still warna kekuningan karier tu masih aktif...terima kasih...

6y ago

Gigi karies yang active warnanya kuning dan coklat. Dan karies active adalah lembut dan cepat berlubang besar. Kalau karies adalah warna hitam, maknanay karies itu adalah arrested karies. Arrested caries tidak active dan lambat membesar. Saya cadangkan bawa anak ke klinik gigi untuk check up dulu. Karies yang aktif perlu ditampal. Arrested caries kena review setiap 6bulan.