Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Laktasi atau Kesihatan Gigi Anak dan Bayi kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Dr. Sylvia Lim merupakan Doktor Gigi dan Perunding Laktasi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 15 April 2020, pada jam 8 sehingga 9 malam. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Laktasi & Kesihatan Gigi Anak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi
56 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai Dr, penghujung tahun lepas anak saya jatuh tersembam dah menyebabkan gigi hadapan atas pecah sedikit (2) dan gigi disebelahnya bergerak ke belakang. Saya telah berjumpa Dr gigi ( klinik kesihatan) keesokkan harinya dan dr menyatakan giginya ianya ok walaupun gigi yg pecah itu sedikit bergoyang setelah jatuh. Sebelum kejadian dia seorang yg suka mengosok gigi namun saya perasan sekarang bila hendak gosong gigi mesti menjerit dan mengelak terpaksa di pegang n paksa br dapat giginya digosok itupun sekejap sahaja. Untuk pengetahuan Dr anak saya berumur 2t 2b dan 6 bln sekali saya bw jumpa dr gigi dr umurnya setahun. 1. Adakah kesan jatuh itu menyebabkan anak saya takut utk mengosok gigi kerana gigi yg pecah itu menyebabkan ianya sakit? 2. Apa yg akan terjadi pd Gigi yg bergerak ke dalam sedikit (1) 3. Klu anak sentiasa menelan air kumur setelah mengosok gigi adakah ianya selamat. Tq Dr sudi membaca dan menjawab soalan saya.

Baca lagi
Post reply image
6y ago

Ubat kumur tidak sesuai dipakai untuk budak kurang drpd 6tahun. Ubat gigi dan ubat kumur perlu diludah sepenuhnya.