Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Laktasi atau Kesihatan Gigi Anak dan Bayi kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Dr. Sylvia Lim merupakan Doktor Gigi dan Perunding Laktasi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 15 April 2020, pada jam 8 sehingga 9 malam. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Laktasi & Kesihatan Gigi Anak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi
56 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Yesss just what i needed.. Soalan saya: Baby saya umur 10 bulan belum tumbuh gigi kacip atas tapi tumbuh dekat tepi tu tak tahu lah sama ada gigi kacip kedua atau taring. Apa yang menyebabkan gigi dia tumbuh mcm tu ye?

Post reply image
6y ago

Jangan risau, nampak gigi depan atas ada di dalam gusi. Encourage baby biting on food, bagi food yang lebih fibrous seperti ubi manis, cucumber dan buah buahan seperti epal. Gigitan fibrous food menggalakkan tumbuhan gigi