Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Laktasi atau Kesihatan Gigi Anak dan Bayi kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Dr. Sylvia Lim merupakan Doktor Gigi dan Perunding Laktasi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 15 April 2020, pada jam 8 sehingga 9 malam. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Laktasi & Kesihatan Gigi Anak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sylvia Lim, Doktor Gigi & Pakar Laktasi
56 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai doctor... ank sy sdh berumur 7thun. dan gigi dia sedang mula goyah n tumbuh gigi kekal. soalannya adakah perlu di cabut semua gigi sblum gigi kekal mula tumbuh. coz ade gigi kekal dh tumbuh sblum gigi susu tercabut. then gigi tumbuh senget tak cantik.

6y ago

Biasanya gigi kekal yang tumbuh akan tolak gigi susu. Gigi susu akan jatuh secara semula jadi. Tidak payah cabut gigi susu kalau sudah bergoyang. Ada keadaan di mana kita perlu cabut gigu susu, iaitu kalau gigi kekal sudah tumbuh tapi gigi susu masih kuat dan tidak bergoyang. Dalam keadaan seperti ni, kita cabut gigi susu untuk sedia ruang mencukupi untuk gigi kekal yang tumbuh.