Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Autisme kepada salah seorang pakar pediatrik kami memandangkan hari ini adalah Hari Autisme Sedunia dan kebanyakkan penghidap Autisme bermula dari kanak-kanak. Dr Annie Liau Fui Vun merupakan doktor pakar pediatrik dan laktasi, ‘Tiny Tots Children Specialist Clinic’ di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujukan soalan anda kepada pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Jumaat 3 April 2020, pada jam 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Autisme . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)
61 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doctor, Jika anak didapati ada tanda2 autism apakah langkah yang boleh diambil atau ada adakah terdapat cara pencegahan yang boleh dilakukan. Terima kasih

Baca lagi
6y ago

Selepas diagnosa autisme, adalah mustahak semua ahli keluarga faham keadaan ini dan menerima kenyataan anak mempunyai keperluan khas. Selepas itu, ibu bapa digalakkan untuk mempelajari cara-cara didik anak autisme ( melalui laman web/social media yang bertauliah , bengkel ibu bapa dsb) dan membuat survey servis-servis terapi yang sedia ada ( kerajaan , NGO , swasta ) untuk rawatan susulan. Terapist yang paling mustahak dan efektif adalah ibu bapa sendiri.