Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Autisme kepada salah seorang pakar pediatrik kami memandangkan hari ini adalah Hari Autisme Sedunia dan kebanyakkan penghidap Autisme bermula dari kanak-kanak. Dr Annie Liau Fui Vun merupakan doktor pakar pediatrik dan laktasi, ‘Tiny Tots Children Specialist Clinic’ di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujukan soalan anda kepada pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Jumaat 3 April 2020, pada jam 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Autisme . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)
61 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi dokter... Macamana kita nk kenali anak kita ada autisme dari bayi?

6y ago

Pengesanan ciri-ciri autisme di kalangan bayi adalah mencabar untuk ibu bapa . Tetapi ada saintis yang telah cuba membuat kajian cara-cara untuk mengesan bayi yang mempunyai autisme lebih awal . Antara kajian yang telah dijalankan ialah satu kajian yang menunjukkan bayi yang ada autisme kurang melihat kepada foto ibu dan lebih suka melihat pada foto objek . Cadangan saya ialah dapatkan temujanji susulan yang regular dengan seorang pakar pediatrik untuk saringan perkembangan berjadual( ini pun dijalankan di klinik kesihatan kita) , dan sekiranya ibu bapa ada kerisauan terhadap perkembangan anak , minta doktor buat penilaian lanjut .