Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Autisme kepada salah seorang pakar pediatrik kami memandangkan hari ini adalah Hari Autisme Sedunia dan kebanyakkan penghidap Autisme bermula dari kanak-kanak. Dr Annie Liau Fui Vun merupakan doktor pakar pediatrik dan laktasi, ‘Tiny Tots Children Specialist Clinic’ di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujukan soalan anda kepada pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Jumaat 3 April 2020, pada jam 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Autisme . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)
61 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi doc,adakah pendedahan gadget seperti ipad, smartphone kepada anak seawal bayi dlm jgka masa yg lama memberi risiko atau faktor anak tersebut menjadi seorang austisme? tq

6y ago

Saintis telah membuktikan bahawa pendedahan awal bayi kepada " screen time " mempunyai kesan negatif kepada perkembangan otak kanak-kanak. Kanak-kanak ini mempunyai risiko tinggi kekurangan daya fokus , dan hyperaktif kemudian . Screen time juga mengurangkan masa interaksi sosial anak dengan ibu bapa dan ahli keluarga , ini pun ada kesan negatif kepada perkembangan sosial and emosi kanak- kanak.