Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Autisme kepada salah seorang pakar pediatrik kami memandangkan hari ini adalah Hari Autisme Sedunia dan kebanyakkan penghidap Autisme bermula dari kanak-kanak. Dr Annie Liau Fui Vun merupakan doktor pakar pediatrik dan laktasi, ‘Tiny Tots Children Specialist Clinic’ di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujukan soalan anda kepada pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Jumaat 3 April 2020, pada jam 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Autisme . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)
61 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Apakah faktor utama pada ibu mengandung yg menyebabkan anak menjadi autisme??adakah faktor makanan,ibu mengandung selalu bersedih atau ape sahaja?

6y ago

Sehingga kini, tiada lagi jawapan yang tepat apa penyebab autisme. Saintis berpendapat penyebab autisme adalah kompleks dan melibatkan faktor genetik dan interaksi unsur genetic dengan faktor persekitaran tertentu. Tetapi saintis telah mengenal pasti faktor-faktor yang meningkatkan risiko autisme, iaitu: 1) usia tua ibu bapa pada masa anak dilahirkan ( untuk anak pertama ibu> 35 tahun, ayah > 40 tahun) 2)anak lahir tidak cukup bulan ( < 33 minggu gestation) 3)Proses bersalin yang ada komplikasi 4) ada ahli keluarga yang mempunyai diagnosa autisme Tidak ada bukti pemakanan atau emosi ibu mengandung yang menyebabkan autisme . Tetapi adalah penting ibu mengandung memastikan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang , dan mula pengambilan folik asid ( sekurang-kurangmya 4 minggu sebelum mengandung dan 8 minggu selepas mengandung) kerana ada kajian menunjukkan ini mingkin memberi kesan positif kepada anak yang mempunyai risiko genetik autisme.