Hai, ibu-ibu sekalian ♥️
Anda gemarkan cupcake? Ingin belajar membuat cupcake secara PERCUMA? Collins Kitchen Lab ingin menjemput 10 VIP Mum bertuah untuk menghadiri bengkel membuat dan mendekorasi cupcake bersama Si Manja! Ibu boleh membawa anak berusia 5 tahun ke atas bersama untuk menyertai bengkel ini. Wah, menarik bukan? Ibu yang hadir dengan pasangan dan anak lebih kecil turut dibenarkan menunggu di Little Collins Cafe yang terletak di ruang bawah Collins Kitchen Lab.
Apa yang istimewanya, ibu dan anak bukan sahaja boleh belajar membuat dan mendekorasi cupcake, malah dapat bawa pulang goodie bag bernilai RM150! Goodie bag mewah ini mengandungi pelbagai sagu hati menarik seperti fondant jar, cake topper khas, kotak macaron, potongan rainbow cake dan cookies comel!
Maklumat lanjut tentang Bengkel Membuat Cupcake Bersama Collins Kitchen Lab:
Tarikh: 10 November 2019
Masa: 12 tengah hari hingga 4 petang
Lokasi: Collins Kitchen Lab, Mont Kiara
Farhana Arriyani