Cahaya Nuriz profile icon
PlatinumPlatinum

Cahaya Nuriz, Malaysia

Super Mum

About Cahaya Nuriz

Domestic diva of 5 active superhero

My Orders
Posts(25)
Replies(1752)
Articles(0)

#TAPx59S

Pengalaman, tips dan cara penyusuan. Part 3 Kalau bab power pumping saya pun masih belajar tapi kalau direct bf InsyaAllah ada la sedikit ilmu nak dikongsi. Selalunya sebaik selepas bersalin, nurse akan beri peluang pada ibu skin to skin contact dengan bayi. Untuk sejam yang pertama antara masa yang paling sesuai utk memberi bayi susu. Sepanjang saya bersalin 4 beradik, memang nurse suruh and paksa bagi susu pada bayi. Hehe.. So ini antara cara dan tips menyusu bayi yang saya tahu. 1. Cara beri susu pada bayi baru lahir. Ni agak mencabar sikit hehe.. Bawa bayi ke paras dada, dorong puting ke mulut bayi dan masukkan perlahan2 ke dalam mulut bayi. (saya akan urut dan picit payudara serta puting agar susu keluar dan menggalakkan bayi menghisap susu yang keluar sebelum bayi menghisapnya sendiri tanpa paksaan) 2. Posisi bayi ketika menyusu. Pastikan anda dan juga bayi selesa dengan posisi ketika menyusu. Cuba beberapa posisi yang berlainan dan bersesuaian (boleh google, theAsianparent pun ada artikel mengenai posisi ini). 3. Memahami teknik tekapan yang betul. Pastikan bayi menghisap penuh bahagian areola dan dagu bayi menyentuh payudara. Masa ni anda akan dengar bunyi hisapan beritma bayi. 4. Tanda bayi nak menyusu. Bila bayi merengek perlahan, menganga mulut, mencari payudara dengan memaling ke kiri ke kanan (kadang bayi boleh bau susu, klu ibu ada di kanan, dia akan berusaha ke kanan) dan menghisap jari. 5. Pastikan anda sendawakan bayi selepas menyusu even bayi baru lahir. Sangat2 penting. Mengosok atau menepuk perlahan belakang bayi. Tapi bukan semua bayi akan burp.. Ini dapat mengelakkan bayi muntahkan semula susu yang diminum. 6. Menyusukan bayi mengikut demand bayi atau sekerap yang boleh. Cara nak tahu bayi cukup susu ialah dari air kencingnya. Jernih atau kuning pekat.. Klu kuning pekat, mostly sbb kurang susu. Menangis tidak semestinya sebab kurang menyusu. Sebaliknya tenangkan bayi peluk dan dakap. 7. Ibu makan makanan seimbang dan berkhasiat utk meriahkan susu. Paling penting pastikan anda minum dengan cukup air masak. Amalkan makan kurma, halba, kekacang, buah-buahan(oren) , sayuran(sawi), susu dll. Yang penting ibu kena sentiasa positif dan jangan stress. Ok.. Nt kita sambung part 4 hehe..

Read more
#TAPx59S
undefined profile icon
Write a reply
undefined profile icon
Write a reply