Bacaan normal selepas minum air gula

Hai, harini saya minum air gula. sebelum minum tu bacaan gula sya 5.6. lepas 2 jam check lg 7.4. doktor kata sya kencing manis. Jadi bingung saya, 5.6 tu bukan kira normal ke? Apa punca atau sebab kencing manis ni eh? Dalam sejarah keluarga x ada kencing manis. Tadi tak tnya doktor pasal ni. Baru pula tefikir ? Ada advise tak ?

47 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Bacaan time puasa kene kurang dr 5.1 mmol pastu lepas 2 jam tu 7.8 mmol kalo xsilap sy la sis. Ni range bacaan kat spital yg sy pegi dgr ceramah pemakanan. Awak sangkut kat bacaan time puasa tu rasanya. Sy dulu pon sangkut yg bacaan time puasa tu la. On diet control je. Kalo jaga mkn, insyaAllah xde pape. Jangan risau k. Biasanya minum air gula ni depa suh kalo pesakit atas 25 tahun kalo xsilap. Kadang pemakanan kita sebelum ni yg sebabkan kita sangkut gdm ni.

Baca lagi

Apa yg doc tu ckp betul. Sebelum minum air gula bacaan gula dalam darah sis normal tp lepas tu naik 7+ kira sis ada kencing manis. Tak semestinya family takda kita takda. Rasanya bacaan normal selepas minum air gula sepatutnya lower than bacaan sis tu dlm masa 2 jam. Tp jgn risau, boleh jadi kencing manis tu berlaku masa sis pregnant je n lepas bersalin akan hilang.

Baca lagi

Betul lah cakap doctor tu. Sis kena kencing manis. Bacaan yg sebenar utk kesan kencing manis selepas 2jam. Bukan bacaan sebelum minum air gula tu. Walaupun family sis tak ada history penyakit kencing manis mungkin hanya sis sahaja yg kena semasa mengandung. Kebiasaannya selepas bersalin akan hilang kencing manis tu

Baca lagi

Masa mengandung mmg akan kena kencing manis sis utk sesetengah org. Sebab hormon kita tak stabil. Sama mcm saya. Sejarah keluarga tak dak kencing manis. Ni time ngandung ada pulak 🤣. Nanti lepas beranak hilang la kencing manis tu. Jgn risau ya. Kita kene pantau gula je la skrg ni

saya pon sama sis.. sblm minum air gula 4.4 lepas 2jam 8.6 jenuh uiii g klinik esok masuk 3hari g klinik.. nak buat appointment dgn kk tok pakar pemakanan ambik darah.. smlm check normal je.. pagi td last buat 5.1 smlm 5.4 6.5 5.4 bacaan bsp dokter ckp normal.. entah la kita ikot je la

3y ago

kan

Kalau kat KD saya 5 tu normal .. lpas 2 jam 7.4 tu atas pagar .. dye takleh lebih 7.8 lpas 2jam .. tp kalau yg bsp 4x tu .. 7 dah tak normal . Ntah laa , kdg pening jugak .. kdg² ni hormon masa pregnant , kalau pandai kawal .. lpas bersalin hilang laa kencing manis tu

5.6 tak normal tu sis, sepatutnya kalau puasa dari pukul 10 malam semalamnya kena bawah 5. Dan lepas 2 jam pulak kena bawah 6. Huhu saya pun ada gdm, masa puasa 4.5, lepas 2 jam 9.86 ha lagi teruk tapi tak ada pun history family ada kencing manis 🤣

3y ago

sma la kita sis.. lpas puasa jam10 bsok pagi cek 4.5 tp lpas mnum air gula 2jam tu 9.7.. ni da 3kli buat bsp tp alhamdulillah ok

Kalau untuk yg gdm mom doc nak 5.3 pre meal n 6.3 pass meal..minum air gula nie rsenye die nak tgk keaktifan insulin kte bertindak nuteral kan balik gula dlam badan kte..dlm mse 2 jam tue kalau lmbat trun gula so sangkut la

2y ago

owh mcm tu...trima kasih sis..😊

Kalau tak silap sebelum minum air gula kena bawah 4 kot. Lepas minum bawah 7, kalau dapat bacaan gula 7 pun masih declare ada kencing manis. Jangan risau sis. Control makan, jangan minum air manis, itu je.

hormon time mgndung ni mcm2 sis. bnda xde pun tiba2 boleh ada. bukan stakat sej kluarga ja tp sbb hormon kita masa pregnant. sblm mnim 5.6 tu dh kira kncg mnis spatut kna bawah 5.0, lpas mnum kna bawah 7.8