Kira GDM tak ni?

Saya baru masuk 12w ni bacaan gula saya check dekat rumah sendiri. Kira tinggi tak bacaan gula ni? Saya tak pernah minum air gula lagi, saya ada family kencing manis. Risau pula kalau sangkut gdm nnt bila appointment 😣 ada yg boleh share tak bacaan camni normal atau tak? Waktu ptg dgn malam tu 2 jam selepas makan.. #pleasehelp #firstpregnancy

Kira GDM tak ni?
12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy minggu lepas baru keluar wad sbb sblm mengandung ada kencing manis. sepnjang dlm wad nurse ajar cara nk tau paras gula sesuai utk pesakit kencing manis mcm sy ni.. bacaan normal pagi sebelum mkn 4/5, selepas mkn 5/6.. klu blh nk bwh 5 je.. klu atas 7 tu dikira paras gula tinggi dan bahaya.. skrg ni sy ikut jadual mkn yg pihak hospital sediakn.. 2 jam sekali mesti cek paras gula. tp sy cek 4 kali je sbb stips cek darah dh nk habis, tgh oder yg baru.. sis kena jaga pemakanan. makanan manis memang sy x ambil dh.. cuma minum susu low fat je. sepnjang hamil ni paras gula sy bwh 6/5 je.. skrg ni sy kena cucuk insulin sendiri..☺️

Baca lagi

tempat saya 6. dan 7. tuh dah kira gdm...banyak sangat dah tuh...lagi kalau ada keturunan memang boleh kena dan tak kena...kalau saya minum air gula selalu ambil darah pertama 4. lepas minum naik 5. macam tuh alhamdulillah ok je...walau ada keturunan kencing manis , darah tinggi ...selalu jaga pemakanan dan minuman jugak ..banyak minum yang macam berlimau..

Baca lagi

saya first pregnancy pun sangkut gdm sebab bacaan sebelum minum air gula 5.2 .. tapi lepas minum air gula bacaan normal. mungkin faktor genetic n hormon. klu ikutkan bacaan 5.2 tak tinggi sangat tapi tak lepas guideline yg kk nak iaitu 5.0 ke bawah.. jadi bertabahlah kena bsp 2 minggu sekali, 4 kali sehari. (8a.m, 12p.m, 4p.m, 8p.m.)

Baca lagi

Agak tinggi tu. kalau sebelum minum air gula selepas puasa 8 jam, bacaan yg kk nak 5.0 ke bawah. huhu.. kalau selepas minum air gula pula tak boleh lebih 6.7 klu tak silap. Sebab bacaan ambil darah lebih tepat berbanding dgn bacaan bsp.

Kalau ikut guideline post 2 hours meals bacaan gula kalau boleh nak <6.7mmol. Sbb ada a few yg abnormal dr skrg kena start jaga pemakanan. Tp for those yg mmg ada family hx dm ogtt asap after buka buku.

7.4 tu kira bcaan dh tggi, dh hampir nk ad gdm dh tu.. tp klau kt kk sy cek up, lpas mnum air gula, klau bcaan lebih 7.8 bru dikira ad gdm.. klinik lain xtaw

klu dah awal pagi lebih drpd 5 tempat saya kira tggi dah.. mau nya bacaan gula pagi bawah drpd 5

7.4 tggi. Kawal mkn. Kurang kan karbohidrat wktu mkn mlm. Last mkn kul 8 mlm.

TapFluencer

Kawal makan puan. amalkan tiada gula dan less carbo diet

kalau 6-7 tu da hampir tak normal n possibility GDM