HB LOW

Hai you Alls... Sy nak tnya ni , sy dah masuk 34 minggu. Tapi hb tetap rendah. Ada x yg tau tips nak naikkn hb... Yg paling mujarab

24 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Setiap orang berbeza sis. Kalau yg ada talesmia, mmg hb tak naik2 walaupun buat apa2. Macam saya, saya anemia in pregnancy. Tapi Alhamdulillah bukan talesmia. Tips saya naikkan hb, setiap kali makan ubat yg kk bagi, saya minum dengan air limau kasturi yg saya bancuh sendiri. Pagi saya makan iron tablet 2 biji dengan air limau. 2 jam lepas makan iron tablet baru baru benda lain. Malam, sebelum tidur saya makan zincofer dengan air limau. Jangan sekali2 makan ubat bersama susu atau milo. Tu menghalang penyerapan zat ubat. Kalau nak minum susu, jarakkan paling kurang 2 jam sebelum atau selepas makan ubat kk. Selain tu, saya try semua tips lain macam makan kerang, makan bayam, makan jambu. Tapi apa yg saya nampak, based on observation saya, amalan minum air limau tu yg naikkan hb saya. Semoga dipermudahkan urusan ye sis. Aamiin 🤲🏻

Baca lagi