Untuk 1st mommies, Perlu atau tak beli pam collecter and milk collecter tu? And jenis mcm mna? Thank

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya pun mulanya tak beli pam lg sbb mmg plan nak direct feed untuk sebulan pertama. rezeki kakak bg pinjam pam susu brand lacte dia, beli masa tahun 2020 (design lama, tak perlu ukur saiz nipple pun senang betul nak pakai huhu). sekali minggu kedua tu anak hari2 kena pi klinik check kuning, jadi terpaksa la pam susu untuk bekal ke klinik sbb suami yg bawak, saya tak ikut. and kdg2 lepas mgrib saya pam susu jadi suami/adik2 boleh tolong bg jadi saya boleh rehat and me time sekejap masa dlm pantang. jujurnya anak mmg ada nipple confuse sekejap (plus saya jenis inverted nipple), tp saya pujuk untuk direct feed juga. saya pakai breast pad, tak guna milk collector sbb lg selesa. rezeki saya susu byk dan mencukupi untuk anak, plus saya work from home, jdi saya tak simpan susu untuk stok sbb sentiasa dgn anak. pendapat saya, boleh prepare beli pam (manual pun boleh) just in case. byk sgt jenis pam kat pasaran skrg ni saya pun jujurnya tak reti nak pilih haha

Baca lagi
1y ago

Lain badan lain caranya kan. Erm faham dh sekrg nih. InshaAllah Semoga susu kak meriah ya. Terima kasih kak 👍🤗

Bagus beli milk collector tu dulu sebagai persediaan. Beli yang murah2 jerk. Sbb bg sy, setiap titisan susu tu sgt bernilai utk bayi sy. Nanti dah lepas bersalin, tgk smggu dua kalau perlu beli breast pump. Sy buat mcm tu. Alhamdulillah anak dah 2bulan. Setiap Kali Direct breastfeeding, sebelah Akan pump utk simpan stock.. Sbb kalau berjalan kt luar, blh gune yang dah pump tu. Botol sy cadangkan beli Brand AVENT 2oz 1, 4oz 2biji. Cari yang Natural nipple shape. Baby x confuse nipple mummy & botol susu alhamdulillah. Moga dipermudahkan urusan sis..oh ya. Nanti kalau nak beli breast pump, Cari yg handfree..sgt mudah dan senang nk bwk ke mana2.

Baca lagi

beli je. milk collector wajib ada 2psg. atleast masa bf bby sblh boleh guna milk collector. atau masa bby tido boleh guna. saya sentiasa guna milk collector utk elakkan susu mengalir kena baju. and masa keluar pon guna jugak. sbb sye x pkai breast pad. pam belii ikut sesuai jenis u. kalau bekerja boleh beli pam yg wireless dgn electric. kalau housewife boleh beli yg electric je. atau wireless if planning utk df. mcm sye housewife and epmom i got 3bp. wireless utk pakai time siang. masa buat kerja dgn nak keluar. electric pakai mlm. manual wireless utk ltk dlm bra masa keluar rumah as milk collector.

Baca lagi
1y ago

egg pump supermama atau boboduck milk collector.

VIP Member

paling koman ada milk collector pon ok. sy housewife beli yg single breastpump brand lacte & milk collector je (pakai sebelah sebelah, lepas 10min tukar side). usia mesin pam lacte dah 4 tahun masih elok. sy just ganti sparepart breastpump je. pam sama ada nak beli handsfree, single or double breastpump bergantung kepada bajet sis. boleh google cara ukuran size yg sesuai dengan breastpump. atau lawat kedai baby yg jual breastpump contoh macam kedai pump on the go. nnt seller akan guide pam yg sesuai dengan kita.

Baca lagi

guna milk collector jenis suction tu sambil baring pun boleh collect susu. kalau jenis cup, takut tumpah.. pastu beli botol simpan susu 3oz, 2biji botol kalau tadah susu dpt sikit, boleh masuk dlm chiller lepastu gabungkan dgn susu yg baru tadah dah cukup berapa kuantiti yg sis nak baru simpan dlm ziplock bag dan freeze kan (rujuk jadual tempoh hayat susu dlm google)

Baca lagi
1y ago

betul2 breast pad pun penting, kalau tak habis basah bra dan baju

saya ada beli, last2 tak pakai. setakat nak tadah susu yang tak sampai 1 oz tu lepastu buang buat susah saya je nak basuh milk collector tu. Saya direct feed je, kalau susu sebelah keluar, saya lap je guna kain. pendapat saya lah, saya tak byk susu nak dicollect kot haha

1y ago

sis boleh letak dlm botol dulu masuk dlm chiller (boleh tahan 4hari) tadah lagi, masuk dlm botol lain dan simpan dlm chiller nanti suhu susu dah sama2 sejuk, boleh gabungkan susu dan freeze atau nak bg baby minum dlm masa 4hari tu pun boleh 😄 macam saya mmg perlu tadah, sbb kerja kadang² tak sampai 1oz, frust jugak haha skrg baru tahu caranya... saya tadah banyak kali dlm masa 2-3jam suhu bilik, baru masuk chiller (susu tahan 4jam dlm suhu bilik)

Beli sis. Berguna sgt. Dlm ward sebelah direct feed, yg sebelah mesti susu keluar sama. Jadi jgn bazir..jap lg anak nk susu bg yg dah di tandem sebelah td. Kurangkan penat time sakit2 kt ward tu

TapFluencer

Baru² bersalin memang akan memerlukan milk collector. Recommend sangat beli. Tak kesah brand apa² pun. Kalau saya beli pam dapat free

1y ago

💜

saya beli je dulu walaupun tak tahu guna atau tifak sebabkan saya #pjj dengan baby nanti ..

sye lps bsalin bru bli... tu pun order kt shopee

1y ago

Jangan la terus fikir negatif macam tu. Apelah