baby tidur tak lama.apa nk buat ye?

elok ke baby sentiasa kita kasi minum susu (formula) ? dan dia mmg minum. baby saya dah 2 bulan. dia jarang sangattttt tidur lama. setgh jam atau sejam je dia tidur. lepas tu merengek. bila cuba nak tidurkan dia balik, dia nangis sampai hilang suara. bila angkat kasi susu, dia tidur balik. sbb dia ngantuk tapi mcm tidur tak lena. kenape eh? padahal baru minum. kdg2 sikit je dia minum, kdg2 dia mmg habiskan. baby minum 90ml. tapi dia mcm tak cukup. bila buat 120ml, tetap jugak tidur tak lama. dia mcm nak selalu minum je. mama dia dah rabak barai teruk dah. nak buat keje susah, nak lelap kan mata kejap pun susah sebab baby asyik merengek. pampers dah tukar, susu dah kasi. tetap tidur tak lama. kenape eh? apa nak buat ye?

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sebenarnya, baby yang berumur 2 bulan memang masih dalam fasa perkembangan yang sangat mencabar. Mereka mungkin memerlukan lebih banyak perhatian dan kasih sayang. Apabila baby jarang tidur lama dan sentiasa ingin minum susu, ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama sekali, anda perlu pastikan bahawa baby anda benar-benar kenyang apabila minum susu. Mungkin cara penyusuan atau cara memberi susu formula perlu diselaraskan semula. Pastikan baby betul-betul menghisap susu dengan betul supaya kenyang lebih lama. Kedua, cuba untuk mencari tanda-tanda keletihan pada baby sebelum dia merengek dan menangis. Mungkin dia terlalu penat dan tidak mampu tidur dengan lena. Cuba lajakkan rutin tidur baby dan pastikan dia cukup berehat. Selain itu, anda juga boleh mencuba untuk menenangkan baby sebelum dia tidur. Mungkin dia memerlukan lebih banyak kemesraan dan tenaga dari ibu. Sentuhan lembut dan berbual dengan suara lembut boleh membantu baby untuk merasa lebih selesa dan mudah tidur. Jika masalah ini masih berterusan, adalah disarankan untuk pergi berjumpa dengan pakar pediatrik. Mereka mungkin dapat memberikan panduan yang lebih spesifik berdasarkan situasi baby anda. Jangan risau, sebagai ibu, anda sedang melakukan yang terbaik untuk baby anda. Teruskan memberikan kasih sayang dan perhatian yang diperlukan. Semoga baby anda akan cepat tidur lena dan memberi anda peluang untuk berehat. https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

bby saya masa sbulan lbih sama mcm tu smpai la skarang lgi 4 hari 2buln. tido stgh jam 3/4x catnapping. selebih nyaa saya main2 dgn dia tummy time kasi dia penat kasi dia leka xbgon asik nk mnum susu je.bile mlm pkul 8 mcm tu je dia akan tdo max 3/4jam sblom bgon waktu susu.lepas tu stiap 2jam dia akan minta susu. penat mama dia tkeja2. jenis xnk kene tngai. masuk Carrier pon tamau. dia nk pandang muka dia je kalau dia celik. harini kelangkabut smpai mama dia kene air panas tecurah atas kaki knn dsebbkn nk cepat dia nages mcm kene dera pnye pasal.

Baca lagi
7mo ago

ishh kan. seram dngr nangis dia. saya pun ikut nangis sbb tak tahu apa lgi cara nak dia benti nangis😭

Anak saya skrg 2 bulan 9 hari. Pun mcm ni waktu malam. Pukul 8-12 malam berjaga mata tapi dia dah mengantuk. Bila susu dia tidur. Rupanya dia nak kena peluk je. Kalau letak bawah or buai terus buka mata. Kalau dah buka mata tu dia nak susu lagi walaupun dah buat 90ml jugak 😂 kkdg baby ni dia nak hisap je minum slow je. So malam je saya tukar puting size ss bagi flow dia slow

Baca lagi
7mo ago

heheh mcm2 ragamnya baby ni. first mom. buntu dah kdg2😅

normal tu ..cuba baca pasal growth spurts ..ank sy pon siang smpai sejam skli nk susu..dlam smggu ke 2mggu mcm tu ..nti lama2 dia okey jee ...baby tgh adapt dgn fasa baru mmg byk ragam sikit ..sy pon kdg smpai tk smpat mndi n mkn ...mata mmg rabak ..siang sejam skli susu, mlm 3 jam skli ...nth bilanya dpat tidur lena 😆

Baca lagi
7mo ago

tulah ramai suggest suruh baca pasal growth ni. insyaallah saya akan cuba. harap dpt membantu saya faham kenapa dgn baby saya. kdg2 bila rabak sngt, pukul 4 pagi org tidur, saya ddk dlm toilet tenangkan diri lepas bergusti nak tidurkan anak🥲

mcm baby sy juga 😆dah bgi susu, tukar pampers ttap tido x lama. Tpi sy prasan yg fasa2 bgni baby nak perhatian, jdi tiap mlm sblm tido sy akn tido sekali dgn baby smbil peluk & tepuk2, kalu baby bgun sy tepuk2 & bgi dy dgr suara maknya spya dy x rasa sorang2😆Syukur setakat ni mmg berkesan, baby tido lama sgt

Baca lagi
7mo ago

ish yeke? baby saya tido berbuai. takut nak cuba tidokan dia peluk2 letak atas katil. takut kejap je dia tido😥

tido tak kena dgn cara dia kot. Cuba tido dalam gelap, sejuk. umur berapa? ada baby jenis nk berdukung, berdodoi, bertepuk. kena try and error

7mo ago

kannn. saya rasa mmg banyak dah dia minum susu. pacifier pun dah bagi sis. langsung taknak. makin melalak. mmg mati kutu dah kami laki bini. takde cara lain kami tahu, sumbat susu jela🥲

Tu tanda2 growth spurt wak.. baby akan dlm keadaan mcm tu lebih kurang seminggu.. layan je baby wak. In shaa Allah seminggu tak lama 🥰

7mo ago

harap tak lama la dia mcm ni. saya dgn suami tak tahu la dah koyak berapa kali🥴

normal je sis anak saya 2 bulan lbh pun sama siang tanak tidur nak buat apa2 susah

7mo ago

hukhuk mula2 saya ingatkan dia masuk 2 bulan dah snng sikit. rupanya tidakk😂

Baby saya waktu siang dia tidur sekejap2. Malam kadang2 6-7jam baru banguj

7mo ago

lamanya malam dia tido. untungnyaaaa😭 ni mama dia eyebag dah 10 kilo ni