Baby susah tidur

Hello. It’s my 1st baby. #firstbaby Baby boy. 3 months 7 days. Macam mana ya nak tidurkan baby? Sebab baby saya sangat susah nak lelapkan mata dia. Dia dah tunjuk semua sign yang dia mengantuk tapi dia macam tahan mata daripada tidur. Saya baru je pakai buai untuk tidurkan baby, dalam 3 minggu ni. sebelum ni dodoi berdukung sampai tidur, tapi lepas 2jam baru tidur, kadang sampai 3-4 jam baru tidur (termasuk dengan menyusu). Tapi baby saya tiap kali masuk buai, mesti dia menangis beriya macam kena dera. Bersungguh betul nangis. Buai kan baby selalunya dalam sejam - sejam setengah baru dia tidur. Lepas setengah jam dia akan terjaga balik & kena buai balik dalam sejam. Lepas dah buai, nak menyusu pulak. Jadi drag masa tidur dia, sebab baby saya dalam 2-3 jam dah lapar. bila siang dia taknak tidur masa menyusu. Bila midnight, saya susukan baby sampai tertidur tanpa burp kan dia. Sebab tiap kali burp kan dia, mata dia jadi segar & bulat & susah nak tidurkan balik. Tapi bila tak burp ni, baby terlelap kejap je lepas tu terjaga balik la. Saya jadi buntu tak tahu nak buat macam mana lagi. Kesian sebab dia tak cukup tidur. Dah la dia susah nak lelap mata, senang terjaga pulak tu. sangat2 senang terjaga. Boleh tak advise apa patut saya buat? Saya buntu, kadang rasa tertekan sebab hari2 fikir macam mana nak tidurkan dia. Saya jadi stress bila tengok dia mengantuk sangat2 tapi dia taknak tidur. Sedih sebab dia kecil lagi, tapi tak cukup tidur. Dia berjaga lagi lama daripada waktu dia tidur. Rasanya dalam 24 jam, 8 jam je dia tidur. Tolong lah saya & baby saya😭 #mommybuntu #bantusharing #theasianparentph #firstbaby

26 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

OMG sis sebiji ngan ank sy dulu sis. Penah dy x tdo 12 jam mse sy dlm hari. dy susah tidur dari lahir. skrg alhamdulillah da 8 bulan makin senang tidur walaupun xdela senang macam bby lain. sis sabar yee. sy paham. stress sgt2. sy penah hari2 nangis tiap kali nak tidurkan dy sbb mmg akan stress. bila dy x dpt tidur, dy meragam, nangis2, tu yg buat stress. sis kena sabar n cari cara mcm mana yg ank nk tidur. mcm sy, dari dy lahir dah mcm2 cara sy cuba. kdg 1 cara tahan seminggu elok, lepastu x jalan dah. kena cari cara lain. lagi 1 paling penting kena jaga waktu berjaga dia. bby ad limit waktu berjaga ikut umur. baby2 yg susah tidur mcm bby kite2 ni xley ditidurkan terlalu awal atau terlalu lambat. lgi 1 mase try tidurkan dy, sis try dlm 15min je. kalau x tertido jgk, rehat dulu. kesian bby ngn ibunye penat. bagi dy main dulu, atau tengok luar dulu, elakkan dy nangis. rehat 15min then try tidurkan lgi. ulang2 cmtu. klau sis try tidurkan lame sgt tp x lelap2 jgk sbenarnye dy akan makin susah tidur sbb dy dah makin penat. sy ngn suami sampai skrg alert time tidur ank. rekod time. sanggup x keluar sbb xnk ganggu wktu tidur dy. memang ade bby jenis cmni sis. bukan dy lapar, kembung x, pampers da tukar, tpi susah tidur. kite yg kena blajar mcm mane. yg penting sabar n jgn bandingkan ank dgn bby org lain yg senang tidur ye sis. sis blh follow baby language support group. sy komen panjang sebab situasi sis tu sebiji mcm sy dulu. sy tau stress cmne 😫

Baca lagi

Sama mcm anak saya, senang terjaga & susah tido semula. Skrg ni dah masuk 4 bulan. Masa umur 2-3 bulan haritu kena dodoi manual guna tgn or jalan2 keliling rumah baru tertido. Sbb saya takda buai dekat rumah, ada pun bouncer, tu pun dia tak mau. Skrg ni 4 bulan bila nk tido kn saya dduk atas gym ball sambil dukung & baring kan dia, sambil nyanyikan/zikir lagu2 yg sayu. Dari mata segar terus kuyup je then tertido. Kalau mlm kena pastikan ibu dgn abah tido sekali sbb kalau ada yg bgun memg dia akan terjaga sama 🤣, so mlm2 dia cuma bg hint hisap tgn utk nk susu je, sambil susu bf mengiring sambil tertido. Tapi ni dh pandai meniarap fuh lg mencabar, sikit2 nak meniarap. Tgh syok tido pun bole meniarap sambil angkat kepala 🤣, tido pun lg selesa meniarap, tp tak lama, saya terbalik kn semula. Baby ni dorg ngantok sbnrnya, cuma kita kena bantu dorg tido. Kekdg anak saya, saya buat bunyi hmmmm hmmm dkat pipi dia, dia mcm fokus dekat bunyi tu then tertido 😂

Baca lagi

anak saya perempuan 2 bulan jenis tk boleh letak juga. tapi lepas saya amalkan concept 5S baru anak saya tidur dgn lebih mudah and better. 1. swaddle - baby dah biasa sempit dalam dinding rahim ibu & mimic pelukan ibu. so bila letak dia nanti dia tak terkejut2. 2. side - dukung mengiring 3. shush - bunyi shh macam dalam rahim ibu. tak pun pasang white noise dkt phone (spotify atau youtube banyak) 4. swing - buai. baby dah biasa rasa terbuai2 dalam perut. 5. suck - baby nak menghisap untuk tenangkan diri. so boleh cuba bagi isap pacifier. kalau anak macam tendang2 bila nak pakai bedung tu bukan tanda dia benci bedung tapi mmg normal baby tengah nangis dia menghempas hempas badan. tapi bila dah bedung elok2 dia akan senyap. harap membantu ☺️☺️

Baca lagi

Assalamualaikum sis. Susah tidur malam memang masalah biasa bagi bayi usia 0-3 bulan, lagi2 untuk kita first time parents yg tiada pengalaman. Apa yg saya belajar dari page FB Baby Language: 1. Wajib bedung kan baby 2. Dukung baby 3. Buat bunyi ssshhh kat telinga baby/Pasang white noise 4. Hayun baby/pakai buai 5. Susukan baby (comfort sucking)/beri puting kena buat perkara di atas mengikut turutan. Saya cadangkan sis follow fb Baby Language, situ banyak sangat info berguna utk first time mom macam kita 😊

Baca lagi

i feel you sis..sebijik macam baby girl saya (4 bulan 7 hari) lps je pantang susah tidur katil..even dah bedung masih kerap terjaga..nak tak nak beli buai juga.. alhamdulillah boleh tidur lena tapiii lepas 30-1 jam buai 🤣tu dah siap package white noise+ bedung+ mulut mak x berhenti zikir atau shushinggg ..kkdg lepas 30 min dia bukak mata balik..kalau nak lama dia tidur saya tunggu je la dekat buai😂 ni siang hari laa..malam alhamdulillah dia xperlu buai lama..biasa lepas menyusu dia tertidur balik.. bedung semula dan terus masuk buai balik..

Baca lagi

Mcm sleep regression je tu. Baby saya masa umur 3bulan pon buat prangai mcm tu. Time mlm saya bedungkan dia dgn dodoi2 kt tgn baru tidur lena lps tu saya buka pelan2 bedung dia tu padahal dari lahir saya xpernah bedungkan dia. Sifat melawan tido tu smpai ke umur 4bulan. Saya layankan jelar prangai dia tu smpai pkul4pagi baru tido. Skarang ni baby saya da 5bulan da pndai tido sndri lps saya ajar dia rutin tido mlm. Maaf pjg lebar pulak saya tulis ni.

Baca lagi
VIP Member

saya masa umur anak 50hari saya beli machine buai tu sebab dari lahir anak susah tido. saya dan suami gilir2 mendodoi sampai sakit pinggang. Alhamdulillah, machine tu byk membantu sebab anak dpt tido lama. Tapi waktu malam saya tidokan bayi atas katil sambil breastfeed dan saya juga tak sendawakan baby. Tawakal saja supaya anak saya tak jadi apa2 yang buruk. Sekarang usia anak saya hampir setahun. memang struggle juga nak membesarkan anak

Baca lagi

Bby saya seumur dengan Bby kamu sis... Time 2 bulan Bby Sya susah sangat nak tidur sampai mak dia pun tak cukup tidur juga. Mesti tidur dalam buai ja baru dia lena itu pun mesti buai selalu ,kalau tak buai mmng dia akan terjaga ,lepastu Sya beli buai elektrik tu sekarang Bby Sya masuk 3 bulan cukup tidur sudah 2-3 jam kadang 3 jam lebih baru dia bangun time malam,mula mula Sya tidur kan dalam buai dlu.pastu Sya angkat pegi tilam..lena dia tidur🤗

Baca lagi
2y ago

Itu lah. Ni pun saya baru belikan dia auto swing & buai. Kadang2 dia tidur jugak siang dalam 3 jam. Setiap sesi setengah jam/ sejam je dia tidur tapi okay la dari tak tidur langsung kan. Dulu masa pregnant ingat taknak bagi buai, tapi susah rupanya tak ada buai hahaha

Peringkat yg paling mencabar ni mommy..mmg buntu..sama baby i, pakai buai pun nangis jgk akhirnya buaian tu jd tukun je kat rumah ni..last2 baby tido skali atas katil, dia masih terjaga2 jgk so kena bedung..ada hari dia tido lama ada hari dia masih terjaga 2 3 jam sekali..at this point i is redha dah haha..dh 18bulan pun dia, still co-sleeping..2minggu sekali mintak adik babysit seharian while i sleep or have me time..kalau x mmg migrain..

Baca lagi
VIP Member

Memang waktu waktu usia tu otak die tgh cergas. Memang kena ajar jugak die tido. Macam saya masuk bilik lepas maghrib tutup lampu semua bagi die faham tu masa tido die. Siang memang x masuk bilik langsung kecuali nak amek baju je. Waktu siang plak saya ajar die bile lepas mandi je mesti kena tido. So skang ni die da paham da kalau saya mandi kan die mesti die kena tido lepas tu. Tapi baby ni lain lain ragamnya

Baca lagi