Annoyingnya

"Eh orang berpantang tak boleh mencangkung nanti rabak bawah tu" Ok habistu kenapa kena ambik anak saya letak atas lantai ye? Bagi kat saya biar saya riba dia lah? Kan awak TAK BERPANTANG? Kenapa yang berpantang yang kena susah-susah bangun ambik baby? Dah dia bunyi ehek ehek tu pergi lah ambik anak saya bagi kat saya? "Orang berpantang ni kena banyak rehat. Awak tu dah kena belah" So kenapa time nak upah CL mulut kena bising ye? Orang upah CL sebab nak rehat lah. Kalau tak siapa nak urus baby? Siapa nak masak makanan pantang saya? Nak harapkan awak? Awak takde ambik tahu pun? Datang rumah pun bukan nak tengok menantu tu lembik ke lapar ke sakit ke. Sibuk nak urus baby. Biar mak ayah dia lah urus? Bukannya kami ni bodoh sangat. "Dia pantang pun nak makan biskut sedap. Orang dulu2 makan biskut tawar je" Pastu mana biskut tawar nya? Bagi lah? Takde la saya kena keluar duit sendiri pergi beli biskut YANG SEDAP? Makan sedap pun jadi isu? Saya telan racun ke? "Aku geram betul dia kata dia dah tak sakit. Macam tak pantang" Ya. Sepatutnya dah tak sakit ye, mak mentua. Saya ambik painkiller nak melayan tetamu. Bukannya 2 hari lepas saya kena belah. Dah nak masuk 20 hari kena belah. Saya sepatutnya dah boleh urus diri sendiri. Bukannya jalan pun berpimpin lagi, luka tak kering lagi. Dah tahu menantu awak ni sakit lagi kenapa nak suruh orang datang rumah? Tak boleh tunggu habis 44 hari? Ada ke nak tanya menantu dah sihat ke belum? Takde pun? Saya pun tak ajak sesiapa datang RUMAH SAYA. Terpaksa tulis huruf besar sebab ni memang rumah saya. Faham lah excited. Cucu pertama. Cucu sedara pertama. Cicit pertama. Semua pakat bincang nak panggil apa. Toksu lah neksu lah moyang lah. Excitednya. Tapi yang bertarung nyawa, menantu "kesayangan" awak ni. Kalau tak boleh nak jaga saya berpantang pun sekurang-kurangnya bagi lah saya rehat selama 44 hari sehingga luka saya betul-betul kering dan sembuh.. Mujur suami tak bagitahu sesiapa pun luka saya sedikit terbuka. Kalau tak mesti saya yang disalahkan sebab "tak pantang". Orang tahu apa? Tahu tuduh je. Penatnya kami berdua yang rasa. Ni saya dan suami....kalau tak ke klinik hari-hari, kena layan tetamu. Bukan tak suka tapi tak kena lah masa dia. Kami berdua ni penat berjaga malam pun tak hilang lagi, dengan hari-hari kena ulang alik klinik apa semua, paling kurang pun bagi la kami ruang untuk berehat. Semoga saya tak menjadi mentua yang annoying. Aamin. Saja lepas geram. Thank you sudi baca.

22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

I pernah kena masa 1st baby. Last2, anak ke2 sampai anak ke-4 ni, berpantang dengan mak sendiri lagi best. Lagi memahami. Sebab time berpantang ni, emosi kita sangat fragile. I plak jenis mulut lepas je, ada yang makcik2 bawang komen pape jer, ku reply ja “my kid my rule”, saya yang berpantang bukan makcik. Time nak susukan baby, i angkat je baby and masuk bilik pastu tak keluar2 sampai bawang2 semua tu balik. Masa menyusu tu i buat2 tido sebab susu baby sambil baring 😂 kalau diorang nak ambil tengok baby, i cakap baby ngantuk nak susu nak tido. Garangkan muka sikit. Biarla bawang2 tu nak cakap apa, we stick to what we want. Pastu i kunci pintu haa settle. i akan berkeras dengan husband so that husband kena tegas dgn mak bapak dia. Husband kena tolong kita jugak bab ni sebab tu mak dia kan. Berpantang adalah masa utk kita rehat mental dan fizikal. Nak menyusu anak lagi, anak kena cukup susu, cukup tidur. Orang2 melawat ni kang bawak penyalit itu la ini la. Lagi2 makcik2 suka nak pegang nak kiss baby. I pernah bebel kat laki i kalau makcik2 org2 tu sentuh anak, nnti anak sakit masuk hospital nak ke? Haaa baru husband berkeras dgn family dia. Sejak dari tu, berpantang i balik rumah mak. Dah 3m ke atas baru i bawak pi rumah mertua. 6m above, baru boleh org nak dtg tengok. Apa pun, bersabar la sis. Kuatkan hati, tegur suami biar berkeras. Ugut2 sikit. Lagpun covid nak naik balik ni. Risau kita mak mak ni. Take care tau. Hope you and baby sihat selalu.

Baca lagi

Saya masa pregnant tak bagitau siapa melainkan family terdekat. Masa nak bersalin, saya bagitau family tolong jangan bagitau sesiapa lagi yang saya dah bersalin sebab saya perlukan masa lepas bersalin untuk rehat pulih memandangkan saya czer. After 1month lepas bersalin baru bagitau jiran2 sedara jauh kawan2 jemput datang buat kenduri cukur jambul… masa tu baru semua tahu… Alhamdulillah saya dapat rehat dengan tenang, luka cepat baik sembuh, fikiran sentiasa positif, susu banyak… 2 x mengandung saya buat macam tu. Kalau sedara ka kawan2 saya bersalin pon saya tunggu lepas sebulan baru saya p ziarah… itu pun saya tanya dulu dia sihat tak baby sihat tak dah okay ka semua … Sebab kita paham situasi orang berpantang macamana… 1 lagi bila ziarah tu jangan la bawak barang untuk baby jaa… bawa untuk ibu sama… saya selalu bawa buah untuk ibu… kita kena raikan ibu jugak… Sis kuat sebab tu Allah uji cara ni… banyak istigfar ya sis moga Allah bagi kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Moga sis cepat sembuh sihat…

Baca lagi

Mak mertua smua macam tu ke erkk?? Dah la anak2 dah kahwin pun sibuk nk menganggu. Tak jaga privacy anak menantu. Datang menumpang berminggu minggu. Tak boleh nk berpisah dgn anak2. Dah tak blh berpisah dgn anak2 xpyh la bg anak tu kahwin. Dah la mulut xde insuran. Suka kritik itu ini. Selalu dia duk kritik anak biras saya dlm group. Duk kata rambut kerinting la,makin kurus la.kalau saya jd biras sy tu saya akan terasa anak dikritik macam tu. Biasa lah budak makin besar makin kurus. Pastu setiap kali datang rumah, asyik tanya soalan yg sama jerrr. Duk tanya “mak ayah pernah dtg rumah ni tak?” Setiap kali datang itu jer dia tanya. Tahu lah dia datang selalu. Tak pyh la nk tanya bnda yg sama. Dah jawab mak ayah susah nk datang pun dia tanya lg. Mak ayah saya ni org susah. Ada kereta pun tak boleh nk pergi jauh. Mil n fil ni baik sebenarnya tapi saya turn off giler ngn diorang dr sblm kahwin lg. Pastu kadang2 annoying. Mulut xreti nk jaga perasaan orang

Baca lagi
10mo ago

Samalah mak mentua saya ni baik je tapi mulut dia tu kadang-kadang mintak kena lempang. Dia ingat saya ni siapa? 😂 anak dia ke? Saya ni menantu dia, tetap orang luar.. dia takleh suka-suka nak arah-arah saya dan saya pun tak wajib taat kepada dia. Yeah dia memang selalu perasan je lebih. Saya takde pun nak mintak tolong dia ke apa. Tak hingin menyusahkan.

Kenapa ikut sgt ckp mil tu. Saya ambik je cl, lantak laa mil nak kata apa pun. Dia complain ckp mahal2 pun husband jawab biarlah duit wife, tak guna duit org lain. 30 days plak tu almost 6k hambikko mengucap mil dgr & saya pun ckp saya tak mintak duit anak mak pon, anak mak entah mampu ke tak nk bayarkan sambil ketawa 😌 Pastu saya pun family husband dtg rumah. Saya buat keras tak bangun ke dapur pakej ckp doktor tak bagi lasak sbb luka tak kering2, kena duduk katil je. Nak apa2 kt dapur lah buat mcm rumah sendiri. Mesti mil pun anggap saya menantu annoying dari neraka 🤪

Baca lagi
10mo ago

Takpalah sis saya memang hadap je.. sekadar meluah kat sini.. terima kasih atas cadangan.. tapi saya memilih untuk tidak bergaduh dengan suami atau jadi punca hubungan dia dengan mak dia renggang..

Sy pun rimas org dtg lama2 masa sy berpantang. Kebetulan family suami ramai dkt kl so redha je tp mmg mil sy byk suruh sy rehat je wlpn diorg dtg pandai2 la diorg biat air sendiri sy xdepn lyn diorg lebih2 diorg nk tgk baby diorg msk blk. Adik iparpn ok siap mandikn baby lps CL blk sbb sy amik cl 1/2 day je. Yg penting awk buat apa yg awk mampu n ok xperlu ikut ckp siapapun janji suami ok dan faham. Tak serabut kepala. Kalau ikut ckp org sampai bilapun tak habis.

Baca lagi

Bila jdi mcm ni susah ye sbb kita protect anak, tp si suami pon perokok, mil plk trpaling org brpegalaman, ayat dia “alah org dulu okay je peluk cium tkde sakit tkde jangkit2 sihat je bdk tu” susah ye susah bila otak dh gam “org dulu2” trpaling pndai urus anak katanya.. si suami pon menurut.. dngn sy mudah je, kalau anak masuk spital sakit sila lah jaga sbb sy dh usaha elak lindung anak tp si suami dan mil tu trpaling org dulu2

Baca lagi
10mo ago

Samalah mil saya jenis terpaling tahu terpaling pandai terpaling bagus lagi bagus daripada doktor terpaling berpengalaman 🤮

TapFluencer

Gigih saya baca dan cuba faham situasi puan. Dilemma mak mertua teruja rumah sendiri dan mak mertua suka hati panggil rombongan orang datang ziarah puan dan anak di rumah puan lah ni? Aduhai, meluat juga perangai orang suka hati ni. Allah kurniakan kekuatan menghadapinya. Jika lah boleh nak direct je cakap ke tetamu ; no visitors allowed, dah memang cakap kan puan? 😅Sbb mak mertua tak reti bahasa. Ayah mertua ada tak?

Baca lagi

saya setuju bab datang tengok baby masih dalam hari, sepatutnya orang kena faham mak tu masih sakit dan penat sangat. kalau boleh tak payahlah tanya 'boleh ke tak, nak datang tengok baby?' kita tuan rumah takkan nak halang sebab tak sampai hati. tapi kita sendiri pun macam tak terurus. biarlah dah 2 3 bulan ke. lagi2 newborn yang tido je memanjang orang datang terus terjaga. ni pendapat peribadi saya lah.

Baca lagi
10mo ago

Tu lah saya sendiri tak terurus..suami lagi lah.. dia terlalu penat..dengan kerja lagi.. urus rumah lagi.. takde siapa pun datang nak tengok mak baby.. semua nak main ngan baby pastu bebel saya takleh banyak gerak lah kena banyak rehat lah.. dah tu kenapa kena datang rumah orang tengah berpantang? Saya tak faham family belah suami ni.. saya rasa suami saya sorang je yang ada common sense..

semoga Allah berikan ketenangan, kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup puan. Saya tak ada hak walau sekelumit untuk judge puan sebab puan lebih tahu apa yang berlaku. Semoga Allah angkat segala kesakitan puan dan semoga suatu hari nanti puan mampu memaafkan walaupun mungkin tak dapat melupakan. 🤲

10mo ago

Terima kasih puan..

samalah situasi..cuma saya dgn mak saya.. hug awak sis.. 👥 faham sngt situasi awak.. saya bawa diri pergi rumah mertua.. anak dh masuk 6m skrg... tp, skrg mertua plk yg problem. cerita dkt org anak saya dia yg urus.. pdhal dia sentuh anak says pn, waktu anak saya 4m...