Annoyingnya

"Eh orang berpantang tak boleh mencangkung nanti rabak bawah tu" Ok habistu kenapa kena ambik anak saya letak atas lantai ye? Bagi kat saya biar saya riba dia lah? Kan awak TAK BERPANTANG? Kenapa yang berpantang yang kena susah-susah bangun ambik baby? Dah dia bunyi ehek ehek tu pergi lah ambik anak saya bagi kat saya? "Orang berpantang ni kena banyak rehat. Awak tu dah kena belah" So kenapa time nak upah CL mulut kena bising ye? Orang upah CL sebab nak rehat lah. Kalau tak siapa nak urus baby? Siapa nak masak makanan pantang saya? Nak harapkan awak? Awak takde ambik tahu pun? Datang rumah pun bukan nak tengok menantu tu lembik ke lapar ke sakit ke. Sibuk nak urus baby. Biar mak ayah dia lah urus? Bukannya kami ni bodoh sangat. "Dia pantang pun nak makan biskut sedap. Orang dulu2 makan biskut tawar je" Pastu mana biskut tawar nya? Bagi lah? Takde la saya kena keluar duit sendiri pergi beli biskut YANG SEDAP? Makan sedap pun jadi isu? Saya telan racun ke? "Aku geram betul dia kata dia dah tak sakit. Macam tak pantang" Ya. Sepatutnya dah tak sakit ye, mak mentua. Saya ambik painkiller nak melayan tetamu. Bukannya 2 hari lepas saya kena belah. Dah nak masuk 20 hari kena belah. Saya sepatutnya dah boleh urus diri sendiri. Bukannya jalan pun berpimpin lagi, luka tak kering lagi. Dah tahu menantu awak ni sakit lagi kenapa nak suruh orang datang rumah? Tak boleh tunggu habis 44 hari? Ada ke nak tanya menantu dah sihat ke belum? Takde pun? Saya pun tak ajak sesiapa datang RUMAH SAYA. Terpaksa tulis huruf besar sebab ni memang rumah saya. Faham lah excited. Cucu pertama. Cucu sedara pertama. Cicit pertama. Semua pakat bincang nak panggil apa. Toksu lah neksu lah moyang lah. Excitednya. Tapi yang bertarung nyawa, menantu "kesayangan" awak ni. Kalau tak boleh nak jaga saya berpantang pun sekurang-kurangnya bagi lah saya rehat selama 44 hari sehingga luka saya betul-betul kering dan sembuh.. Mujur suami tak bagitahu sesiapa pun luka saya sedikit terbuka. Kalau tak mesti saya yang disalahkan sebab "tak pantang". Orang tahu apa? Tahu tuduh je. Penatnya kami berdua yang rasa. Ni saya dan suami....kalau tak ke klinik hari-hari, kena layan tetamu. Bukan tak suka tapi tak kena lah masa dia. Kami berdua ni penat berjaga malam pun tak hilang lagi, dengan hari-hari kena ulang alik klinik apa semua, paling kurang pun bagi la kami ruang untuk berehat. Semoga saya tak menjadi mentua yang annoying. Aamin. Saja lepas geram. Thank you sudi baca.

22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy lps bersalin hari tu dh pesan awal2 kt suami jgn bg family dia dtg melawat dulu sy nk berehat, diorang dtg bkn jenis melawat sekejap berjam2 duk umah org sampai ke malam x reti nak balik.. lagi2 sy urus baby sendiri mau stress dgn ramai2 gitu

10mo ago

Dia pernah lah terlawan sekali sebab tak sengaja. Ayah dia pandang semacam dah. Sebab tu saya rela biar saya yang melawan. Mak mentua nak mengadu kat suami tu lantak lah.

yaAllah sedihnya dgr kisah awk. kdg² sikap mil sy pun mcmtu.. segalanya dia je betul, kena dgr je ckp dia.. sy mmg awal² dh kata nk pantang rumah fmily sendiri. sy amik iktibar btul drp kisah awk. Pantang nnti mmg sy kena tolak tetamu awal²..

Yesss yang geram datang melwat wktu malam. Baby baru lepas meragam, kita dh tidokan dia. Blh plk pergi angkat ganggu cium2. Eh kauuuu. Yang penat beranak jaga anak mlm2 tu aku. Dh la time tu masih dalam pantang. Stress betul la

Ni lah akibatnya kalau tak utamakan diri sendiri. Sis yg stress. Lesson learned, anak2 lain pasni kalau pantang dah boleh fikir2kan. Kalau nk mengalah sgt dgn mertua tu silap2 awak boleh kena royan

10mo ago

maaf ye kalau die pndai awk kne sribu kali lg pndai bia hati tak sakit

big hug sis❤️. bersuara dan kena tegas. kalau boleh elakkan baby jumpa tetamu. nnt bila baby sakit awak pula yg disalahkan. sedang kn ramai yg dtg melawat.

10mo ago

Saya dah cakap.. tadi petang saya sengaja taknak buka pintu sebab saya taknak sesiapa datang kacau saya rehat lepas menyusu anak. Sekali mentua datang terjah. Meluat.

Betul2.. Sepatutnya waktu berpantang adalah tempoh ibu berehat. Dah lah bf 2 jam sekali.. Luka cser lagi, Tetamu pun sepatutnya x pyh lah dtg masa org dlm pantang..

10mo ago

Betul sis. Saya tak pernah jemput sesiapa dan tak pernah redha mak mentua ajak hampir semua adik beradik dia naik atas rumah saya.. ni rumah saya sis.. dengan titik peluh saya beli rumah ni khas untuk saya tinggal dengan suami dan anak-anak kelak, tempat saya nak berpantang dan berehat. Saya tak pernah redha mak mentua datang buat macam rumah sendiri... pastu komen pasal macam-macam kat rumah saya.. takkan la saya nak kena bersuara pasal benda tu.. benda boleh fikir sendiri.. entahlah.. saya malas nak cakap..

dpt mak mertua yang takberapa nak cerdik ni jangan dilayan kan.. kalau saya la, saya jawabkan je.. suka sangat nak complain pun.. annoying gila

Finally ade yg tlg luahkn ape yg sye rse tyme pantang dlu.. Kdg teguran org tua nie x selari dgn perbuatan.. tw nak kondem je kn? Tp tlg nye x pun..

10mo ago

Mulut je bising tapi bukan nak tolong memudahkan pun.

sabar ye awak mulut org kita mmg tak bole nak tutup . serba serbi tak kena . saya doakan urusan awak dipermudahkan .

sedihnya. saya memahami sangat tu. semua serba tak kena. tapi tak membantu pun.