Sambungan luahan haritu.....

Rentetan daripada luahan saya haritu..(lihat gambar) Nak dijadikan cerita Saya terbaca whatsapp MIL kepada husband saya "Kenapa dengan bini awak tu" "Semua mak buat semua tak kena" "Pandai sangat ke dia" "Kalau pandai sangat biarlah dia jaga baby sorang-sorang" "Mak dah malas nak datang rumah" "Taknak makan ikan haruan kan? Takde la mak kena penat-penat cari. Mujur lah" "Kesian baby tak dapat jumpa nenek dia" Apa lagi.. menangis la saya.. merayu minta izin husband nak balik rumah mama saya.. Saya minta dia beli susu formula dan botol susu.. kat rumah mama saya nanti saya marmet dan perah je kalau bengkak. Maksudnya saya bercadang nak tinggalkan bayi dengan dia.. Husband saya pun dah berair mata dia kata dia tak sanggup berjauhan dengan saya.. dia peluk saya dia kata jangan macam ni sayang.. jangan tinggalkan saya.. kita jaga baby sama-sama k.. Sepatutnya saya yang cakap ayat tu. Saya yang patut makan hati sebab semua yang saya buat semua tak kena di mata dia. Saya nak beranak kat hospital tertentu, tak kena. Ditengkingnya saya depan semua orang. Nak berpantang kat rumah yg saya beli sendiri, dimarahnya saya depan adik-beradik dia yang lain. Nak upah CL supaya tak susahkan dia dan anak dia, dikatakan membazir Nak makan biskut kering cicah air, dikatanya tak sesuai untuk orang pantang. Taknak makan ikan haruan, dia kata saya memilih. Taknak bagi anak minum air kosong, dia kata saya "salah belajar" Taknak ajar guna botol susu lagi, dia kata saya memandai nanti susah nak ajar bla bla bla.. menyusu badan ialah hasrat saya sebagai ibu, bonding time dengan bayi saya.. biarlah saya menyusu badan at least selama sebulan.. Tak pakaikan bedak kat anak, dia kata saya nak biar anak busuk. Bayi baru lahir ni wangi kot. Saya pakaikan lotion sahaja. Tu pun sikit sangat takut jadi apa-apa. Bedak tu saya tak prefer letak kat baby.. Nak pilih nama panjang sikit (3 nama), membebel cakap nama ayah dia pun panjang nanti susah tulis nama. Anak saya niiiiiii ikut suka saya laaaa bukannya ejaan dia pelik sangat pun. Saya beli barang online guna alamat kedai dia, dia membebel cakap saya kuat shopping takut ada orang dengki (sebab saya bergaji besar). Padahal saya shopping barang baby sebab bila anak dia nak bawa saya keluar beli barang-barang dia bebel jugak. Lebih baik saya beli online. Lagipun saya tak petik satu sen pun duit dia dan duit anak dia. Tungku pun saya beli sendiri. Mana ada mengharapkan orang sponsor pun. Saya manjakan suami saya dengan beli macam-macam kat dia pun dia bebel cakap takut ada orang dengki. Saya tak guna langsung duit dia. Benda seremeh itu pun tak kena di mata dia. Jadi saya dah mula guna alamat rumah saya sendiri.. rumah ni rumah baru.. taktahu lah macam mana posmen nak jumpa rumah ni haha Kalau nak cakap macam tu saya pun boleh cakap. Semua tak kena. Semua nak kena ikut tekak dan cara dia. Saya ni bukannya budak-budak. Umur saya dah 31 tahun saya tahu mana baik dan buruk. Masa mengandung lagi saya dah banyak buat bacaan. Saya dah banyak baca kat group ni. Saya juga banyak bertanya orang lain. Lain ibu lain cara didikan dan bawaan dia. Biarlah. Tu hak dia. Faham la cucu dia dan saya kahwin dengan anak dia. Saya kena hormat dia. Tapi kalau semua benda tak kena lebih baik saya mengalah dan putus asa sahaja. Saya penat hadap semua ni. Rasa nak teguk racun je kadang. Harini dia tak datang rumah, kami laki bini urus bayi dengan tenang sangat. Ada la meragam tapi kami dua ok sahaja. Penat layan tetamu lebih penat daripada penat jaga baby. Saya pun lepas menyusu saya dapat tidur sejam dan bangun lagi untuk susukan bayi. Leganya dapat tidur dan rehat walaupun sekejap. Suami saya pun tak kalut dan dia sempat tungku kaki saya semalam. Saya pun sempat mandi lama-lama sikit sebab takde tetamu kan. Susu bayi pun saya boleh bagi lebih kerap. See kalau dia banyak membantu kenapa bila dia ada kami dua rasa penat sangat? Penat sebab dengar dia bebel itu tak kena ini tak kena. Dia tak faham-faham.

Sambungan luahan haritu.....
37 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bab nama anak tu, dah kenapa nak halang suka hati je takleh itu ini. nama anak kita, kita bertarung nyawa kot. nama anak dia kita tak kacau pun dia nak letak apa, dekat anak kita ni cakap itu ini. sis jangan layan mil tu, bila dia cakap sis kena tegas. saya pun dilayan macam ni dengan mil. saya kahwin umur 29 dan lagi tua dari suami 27. umur 32 baru dapat anak sulung. sebelum saya mengandung, hari2 mil tanya takda isi ke ? sampai lah setahun kahwin, last dia cakap tak dapat cucu awal sebab menantu andartu, dah tua susah nak mengandung. pastu bila saya dah mengandung perut besar ke atas, dia bising kata perut macam tu sebab saya dah tua badan tak mampu nak tanggung. masa mengandung muka saya agak kusam dan jerawat, mil cakap depan anak menantu dia kata geli nak makan bila tengok muka saya. and hidung agak besar dan kembang dia kata nanti cucu dia mesti hodoh. and sepanjang mengandung 1&2 trimester dia punya mulut asyik bebel je mengata saya sampai dekat orang kampung pun dia jaja cerita. 3 trimester saya tak pegi langsung rumah mil, saya cakap kat husband kalau dia tak boleh nak bela isteri dia depan family baik berpisah cara baik. mental saya tak kuat. suami menangis datang peluk cakap minta maaf banyak kali sampai satu tahap tu, dia cakap dengan mil yang dia tak suka mil dok jaja cerita pasal saya dekat orang. dia cakap yang dia taknak balik dah rumah mil kalau macam ni mil layan isteri dia. mil masa tu sentap and terus doa yang saya susah beranak, anak nanti keluar macam macam jadi. and husband cakap dia tak sangka mak kandung dia sanggup doa bukan2. so dia cakap baiklah mak nanti kita jumpa dekat akhirat, saya dah layan mak sehabis baik, sebelum ni saya tak fikir perasaan isteri saya lebihkan mak lagi, tapi sekarang baru saya sedar mak macam mana. saya takkan balik sini and mak takkan dapat tengok cucu. alhamdulillah selamat bersalin kembar normal. anak pun sihat dan takda kuning langsung. mil tau saya dah bersalin and dia dtaang hospital dengan anak menantu dia. saya and husband terkejut dengan kedatangan mil. mil cakap dia datang cuma nak tengok cucu mesti cucu hodoh ikut muka saya. bila dia tengok cucu dia terkejut, sebab muka cucu tu sangat comel and putih ikut muka saya, hidung mancung. and dia tak sangka cucu ada 2. sepanjang mengandung tu dia kata perut besar sebab itu ini. bila dia tengok dia diam and terkejut. pastu hari2 nak datang tengok cucu. siap bagitau orang kampung lagi yang cucu dia comel. pastu kami pindah rumah lepas 1 minggu bersalin. mil hari2 call nak jumpa, suami tak layan sampai anak 3 bulan macam tu. mil call minta maaf kat saya sebab buat macam2 kat saya. saya cakap kat mil takpa benda dah jadi and dah lepas, saya taknak fikir dah. saya pun minta maaf. and sekarang umur saya 39 tahun. alhamdulillah hubungan dengan mil bertambah baik. kat sini suami pun kena main peranan tau. suruh suami cakap dekat mak dia sendiri. sebab kalau kita yang lawan dia jadi musuh nanti. bila anak dia tegur takdelah musuh cuma gaduh sikit. so awak minta tolong suami okay.

Baca lagi
11mo ago

Kami ingat nak letak Nurul _____ ______ macam tu la.. 3 patah perkataan Lepas tu dia bebel "Nama bapaknya dah panjang kenapa nak buh 3 patah perkataan lagi?" Saya macam geram dah nak menjawab "Setahu saya mak mentua takde hak pilih nama anak" Benda mcm tu pun dia nk pertikai Saya beli carseat untuk anak pun dia bising cakap badan budak lembut lagi tak sesuai pakai carseat Ni la sejenis tak berapa pandai dan tak boleh diajar Sebab badan lembut la kena pakai carseat πŸ˜… Pendek kata semua tak kena lah di mata dia Beli baju lubang-lubang untuk baby pun dia bising Bukannya dia sponsor pun baju baby huhu Saya tak kisah nak minta maaf tapi saya taknak Biar dia sendiri sedar yang menantu dia bukan anak dia, bukan darah daging dia Didikan saya berbeza Dia tak boleh expect saya nak ikut tekak dia sepanjang masa..

Tak faham betul mak mentua yang jenis suka masuk campur atau nak "jagakan" menantu dalam pantang ni Menantu tu anak orang kot πŸ˜‚πŸ˜‚ Ingat dia takde mak ayah ke haha My case, mak mentua suruh cancel CL yang kami dua dah book masa ngandung 5 bulan lagi hahahaa πŸ˜‚ tanpa pengetahuan dia la of course πŸ˜‚ Fuh berasapnya masa tu dahla tengah otw nak beranak 😌😌😌 Tapi yelah sayang husband punya pasal kita ikutkan aje πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Husband pun beratus kali minta maaf.. yela takkan dia nak fight mak sendiri kan haha ikutkan aje lahh errr Kami dua mmg book CL sebab nak suruh kami dua rehat, taknak susahkan mak sendiri dan mak mentua, di samping nak belajar la sikit2 cara berpantang πŸ˜‚ Kot lepas ni buleh berpantang sendiri apa semua Apooo suruh cancel terus Booking fee memang tak dapat refund la tapi takpe tak kisah sebab CL tu tak ambik banyak pun... Mak mentua suruh cancel macam aku telan duit anak dia pulak Duit aku sendiri tuuuu hahahaaha aku saving sejak tahu aku ngandung hhahahaah Paling tak tahan, suruh cancel konon nak jagakan sebab tak bagi orang luar datang tapi takde pun dia datang rumah mai tolong masak lauk pantang ke tolong urut ke tungku ke mandikan baby ke apa TAKDEK NYAH πŸ˜‚πŸ˜‚ Dia datang pun sekali dua je... datang berleter je manjang semua tak boleh ini tak boleh πŸ˜‚πŸ˜‚ Last sekali aku berpantang sendiri je dengan husband Dengan luka czer ni la aku berjalan merata urus anak dan urus diri semua πŸ˜‚πŸ˜‚ terpaksa 🀧🀧 sampai terbukak dah sikit luka ni Tapi takpelah malas bertekak kan hahaha Sangat tak faham mentua yang buat naya kat menantu perempuan Dia lupa ke tu tanggungjawab anak dia jaga kebajikan bini πŸ˜‚ Bini tu dakwa esok baru ada akai haha Entahlamattt hahaha Sekian dari ibu yang penat 😌

Baca lagi

Lebih kurang lah kisah kita. Cuma saya hati kering sikit. Anak saya kuat nangis & mil ada sekali tu dia ckp saya dlm pantang selalu makan lambat so susu saya tak berkhasiat, dpn2 husband dia ckp. Saya ckp kt husband apa ek masalah mil, baby kuat nangis tu normal lah nama pon baby baru sebulan & saya ni dlm pantang so pls la jgn buat saya meroyan. Husband geleng kepala taknak komen. Pastu tak lama anak saya nangis nk susu so time husband bagi baby kt saya, saya cakap kuat2 mulai harini bagi la susu lembu sbb susu saya tak bagus, malas lah nk df ke perah2 ke esok beli kobis ke pil ke nk suruh stop susu badan ni biar baby fm je sampai besar. Saya suruh husband g bancuh & saya terus blah masuk bilik ckp nk mandi. Serious aku takda mood dah sbb kata2 mil tu. Then malam baby nangis lagi lepas seharian minum fm. Saya pun ckp lagi kuat2 lah minum fm pun nangis je, tak berkhasiat fm ni even harga 100 lebih, pergila beli brand lain. Terus mil tak banyak ckp dah & tak masuk campur sampai skrg siap mil ckp dgn sil jgn tersalah ckp bila borak dgn saya sbb saya masih dlm pantang takut stress. Bertegur tu masih bertegur mcm biasa, tp saya x heran dia nk sentap sbb mental health saya ni lagi penting. Ada ke patut ckp susu badan kita tak berkhasiat sebab terlambat makan. Bukan kita ni minum air gas ke alkohol ke apa kan 😌

Baca lagi
11mo ago

Wife dah siap beli rumah, husband tinggal cuci kaki je. Alhamdulillah husband sis jenis bersyukur tp emaknya tidak pulak ye. Sesekali mmg awak kena tunjuk garang awak tu kt mil. Bukan nk suruh awak be rude ke apa tp nk suruh awak tunjukkan yg awak pun ada pendirian tetap. Kalau sampai letak nama pun mil masuk campur, tak perlu layankan. Buat je terus surat beranak takyah bgtau dia, dah siap nanti too late lah walau dia bising pun. Even dia dah pick nama sebelum awak bersalin pun, jgn dilayankan. Awak mmg taknak husband belakangkan mil, tp skrg ni saya tgk kesian awak lah yg terpaling belakang. Dibelakang2kan gitu je. Apa mil awak ingat dia sorang ke ada hak ke atas cucu, awak & husband? Habistu mak awak tunggul ke sis. Kalau saya not worth it lah. Mmg saya gertak je ckp nk cerai. Biar dia tgk anak dia jadi duda homeless

Bab2 bf anak ni kn kita sebagai mak2 yg baru ni boleh naik gila kn..tapi tertanya jugak lah..knape mil zaman sekarang ni dorang jenis judge org..kita ni bukan lah jenis tak boleh di tegur tapi ade cara nye nak tegur org..kalau dah ckp secara terang2 depan org ramai memang confirm lah jatuh air muka kita..kita pon malu jugak..bila kita melawan ckp kita ni biadap..but seriously petua org2 lama ade betul nye tapi dah tak berape relevant untuk guna zaman sekarang..baby sekarang ni tersangat lah fragile maybe sebab perubahan zaman or perubahan cara pemakanan ke..n bnyak je petua zaman dulu or cara org lama jaga baby yg tak betul..cuma dulu kita tak berape nak heboh sebab tak de socmed tapi sekarang semua dah ade..jujur lah aku ckp aku jenis yg tak berape percaya cara org lama melainkan dah terbukti dengan cara dorang tu..contoh nye ea..kalau baby sedu letak tisu basah kat dahi..tbh tak penah jadi dekat anak aku..kau letak lah berape besar pon tisu tu..tetap anak aku sedu..so kesimpulan nye kau mak baby tu kau lebih tahu anak kau mcm mne..ape yg mil or mak kau ckp..kau nak try kau try kalau tak jadi dah stop..kalau kau tak nak panjang kn cerita kau try je lah sekali then ckp tak oky dekat anak kau that it..setiap baby lain2 even keluar dari perut mak yg sama pon lain ragam nye lain cara nye..tak yah nak ikot sgt lah cara org dulu tu..

Baca lagi
11mo ago

Saya pun tak faham kenapa dia nak judge saya Ilmu sekarang di hujung jari je Saya pun bukannya tak bergaul dengan ibu-ibu lain untuk menimba ilmu Tapi dia ni lain sungguh.. dia dah rasa dia sorang je betul.. Kalau larangan doktor pun dia boleh pertikai saya taktau lah nak cakap apa.. Saya suka dia masa awal-awal kahwin walaupun mulut dia bising sikit.. sebab dia baik je dengan saya.. tak sangka lepas dah beranakkan cucu dia, dia jadi macam tu pulak Saya pun ada mak lagi.. mak saya chill aje.. MIL ni kena sedar saya ni kepunyaan anak dia bukan kepunyaan dia sorang sampai semua benda dia nak masuk campur.. Dia suruh saya bagi air masak guna botol susu tu sebab bibir anak saya kering.. katanya tak cukup air.. Saya masa tu susu pun cukup-cukup je sebab stresss bila dia datang rumah dan membebel Bila dia dah beberapa hari tak datang ni susu saya dah ok.. Dia belikan ikan selar dan suruh saya bakar dengan garam dan lada hitam Saya tak buat lah macam tu sebab anak saya masih kuning..s

Tkpe2 ... Allah lebih Mengetahui.. InsyaaAllah tk dosa .. mil yg problem , semoga dia dilembutkan hati untuk jadi mak mertua yang lebih baik ... Alhamdulillah sekurang2nya awak ada masa bersama dengan suami .. selesa .. ujian tu mungkin petanda aras untuk rapatkan hubungan suami isteri... saya dulu pon diuji oleh keluarga.. Alhamdulillah asbab diuji tu kami laki bini makin rapat n saling melindungi .. suami saya tk sempurna .. tapi saya rasa susah betul saya nak marah kat dia skrg , rasa ok jeh kena ulang cakap bnda sama mcm stokin tk masuk mesin basuh contoh nya 🀣 benda kecik mcm ni ada pasangan boleh jdi punca gaduh besar smpai tengking2 ... tapi saya tk rasa nk marah , ok jeh bgitau suami elok2 walaupon hri2 bnda sama ... Sebab tahu dia slalu ada walaupon saya ditindas family dia , utamakan saya dgn anak dia .. n boleh gugurkan air mata dia demi saya ... Yakin hidup awak sekeluarga lepas ni makin baik dan bahagia .. biasanya ujian yg perit ni akhirnya akan datang dengan benda yang tak disangka2 πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻 sebab bila baca luahan awak ni .. saya teringat sakitnya diuji dulu .. sebabtu saya yakin hidup awak makin better oneday ... ☺️☺️

Baca lagi

saya dijaga mil masa berpantang.. and apa yg boleh sy cakap, sy menyesal. baby sy susah nk latch, dan sy pon struggle juga nk susukan dia. tp sbb sy dh ada ilmu tntg breastfeeding, jadi sy tak kalut. sy try juga. tapi sedihnya.. bila org sekeliling kita takde ilmu tntg bf, kita yg jd mangsa. bayangkan sy bg baby minum guna syringe/feeding cup, kena perli kata baby tak puas. terus disuakan botol kt baby. everytime baby nangis, disuakan botol. sy nk df, kata baby tak kenyang, tak puas. sudahnya, baby nipple confuse dan tolak df. betapa luluh hati sy. disebabkan insan2 yg tak boleh dengar baby nangis. asal baby nangis je mereka sua botol susu, baby dan sy yg jd mangsa. hampir juga meroyan, tak tipu. rasa nk jerit satu rumah tu sbb tak tahan. setiap hari menangis. bila mereka balik kampung, sy try hard utk latchkan baby, try df balik. tp sia-sia.. baby dh tolak sepenuhnya nipple sy. selagi tak sua botol, dia takkan minum. dan yg kelakarnya, mereka2 itu boleh tanya balik, sy tak try bg susu badan langsung ke πŸ˜‚ taktau nk sedih ke nk ketawa. banyak lg benda yg mereka ini kata pd sy, tp sy malas nk ingat balik. sedih

Baca lagi
11mo ago

Dulu saya first mom hari pertama keluar hospital mil dah ckp saya takde susu sbb baby nangis.. sedih rasanya bila kita dah niat nk susukan anak tpi org sekeliling judge.. masa tu saya masam muka n cepat2 nak balik rumah ibu.. saya jadikan alasan nak balik cepat sbb ibu dah panggil tukang urut utk urut susu.. Alhamdulillah cukup susu saya sampai anak setahun lebih saya yg wean off.. Lepastu anak minum susu fm yg biasa2 je mil asyik ckp cari la susu lain (mahal) yang elok sikit.. Skrg anak dah 2 tahun klau jumpa dgn mil mesti dia bgi je apa anak saya nak.. kdg2 saya n husb tegur bila anak terlebih screen time, main sampai tidur lambat n mkn mcm2.. tapi selalu dipersoalkan sbb cara org dulu2 dgn zaman skrg situasi berbeza..

Sebab yg mcm gini la sy x berapa suka berpantang rumah mertua. Nak berpantang rumah mak sendiri jauh. Anak yg bakal lahir kali ni x nak bg ruang utk hati sakit da.. Rela penat lelah berpantang rumah sendiri dr berpantang rumah mertua. Sama jgk penatnya. Dalam sy lepas bersalin pun, mandikan ank sendiri jgk, nak harapkan mertua... hmm x pe la.. Bila cakap jgn masukkan itu ini dlm mknn pantang, dia bising nanti x sedap la apa la, da doktor cadangkan mcm tu, kita dengar la, sbb bby sy yg sebelum ni jaundice lama, so kena jaga mkn. Kita da berapa lama x pergi rumah mertua walaupun dekat start dr trimester ke2 lg x pergi. Ni start trimester ke3 xde pergi langsung, suami ada je ckp nk pergi rumah mak dia, tapi kita selalu bg alasan penat, x larat nk jalan, malas nk keluar rumah, lg 1 da sakit dkt ari2, jln da mcm penguin da πŸ˜‚. Masa bincang dgn suami pasal nk bincang nk berpantang, sy ckp awl2 nk berpantang kt rumah sendiri. Bagi alasan yg suami kita x boleh nk tepis apa2 punπŸ˜‚, tapi hakikatnya hanya Allah je tau. Xtau la masa pantang nnti kejadiannya mcm mana, harap xde la mertua dtg dk skli.

Baca lagi
11mo ago

Saya sebenarnya berpantang sendiri.. kadang-kadang je MIL dengan adik beradik dia datang Saya boleh kata saya rimas Anak saya jaundis tinggi juga So MIL ni ada la bagi bunga apa tah suruh buat air mandian baby... At the same time mak saya sendiri pun bagi herba cina suruh buat air mandian baby.. Pastu berebut lah nak pakat guna untuk baby Saya mandikan baby dengan herba cina tu, MIL sibuk datang buatkan air bunga tu.. Sapu-sapu atas kepala baby.. Nampak sangat tak suka cara mak saya.. lagi satu saya ni jenis educated dan sedikit moden.. Saya tak prefer pakaikan bedak untuk baby.. Makcik-makcik ni datang membebel sebab tak pakaikan bedak Saya juga tak pakaikan seluar untuk anak saya sebab senang nak tukar pampers.. Barut pun saya tak prefer pakaikan Semua ni mengundang bebelan dari makcik-makcik terpaling jaga anak.. sebab tu saya extra penat dan stress bila dia datang Semua tak kena pada cara saya menjaga anak saya.. bukannya saya buat benda tak elok Anak saya elok je tidur lena men

maaf tanya, awak sebelum bersalin pun pernah post pasal mil awak kan??? if tak silap pasal mil tak bg pantang kat rmh baru. even awk post tanpa nama tapi sy rasa post tu mcm awk punya. if salah maaf la ya. if betul satu je sy nak cakap mil awk mmg red flag . serious cakap. awak sebenarnya dah bnyk kali faced mil ni campur tangan. ni family u. ank u . suami u. u ada hak nak uruskan family u ikut cara u. to me kan sorry to said u selalu nampak cara u luahkan ibarat u nak mengalah biar la mil take over asal dia puas hati. hello mommy ank u baru berusia tak sampai 2week mcm tu je u mengalah???? wake up la hentikan la melayan perasaan bersalah kat org ty org ni. ni crucial time for u and baby taum time utk u recover time utk u bonding dgn baby. i cakap ni as a single mom to 3kids. to me pengalaman mengajar i bnyk benda. and benda yg i nak smpai kan kat u. utamakan diri u dgn ank. no time la kita nak puaskan hati org. u should enjoy tau journey u now. bukan semua wanita dpt merasa. bangun jgn mengalah. jadi mak kena kuat πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

Baca lagi
11mo ago

Ya saya la tu.. bising sebab nak pantang rumah baru, bising sebab saya pilih hospital mana nak beranak Padahal saya beli rumah tu untuk saya tinggal bersama suami dan anak, takde saya demand anak dia yang belikan.. saya sendiri beli.. Mestilah saya bercadang nak berpantang apa semua kat situ takkan nak menyewa lagi..lagipun rumah sewa kami sebelum ni memang tak sesuai la untuk saya berpantang.. Memang dia jenis suka masuk campur dan saya pun tak berapa suka perangai dia yang macam tu.. dari sekecil-kecil hal nak masuk campur Excited dapat cucu sulung kot.. entahlah.. Saya sebenarnya tak suka mengalah tapi saya lebih kepada terpaksa Husband saya pun memang takkan lawan mak dia.. Dalam hal ini saya macam berjuang sorang-sorang je walaupun suami saya memang sayangkan saya.. tapi dia takkan suka tengok saya bersikap macam tu terhadap mak dia.. Entahla sis.. saya macam tersepit pun ada.. Dah berapa hari kerja saya menangis je sebab rasa helpless Kalau lah saya dibenarkan upah CL at le

MIL i pulak semua bendanya tak reti. Jauh sekali nk jaga kita ni berpantang.. my 1st baby, i masak sndiri ye. Dhla czer. Jln pun masih tkedek2 lg. MIL ad je kt umh, tp apa yg dia boleh buat? Cant event cook for me. Dia tak pandai. Mmpu tgkkan anak je la. Mandikan baby, tu pun takut2. Tak confident. I beruntung sbb susu byk, even makan pun tak menentu klau sakit tempat czer tu, i akn msk lmbat ataupun bgtahu cara nk masak kt suami then dia tlg masakkan. CL dtg seminggu kemudian + my mom. So lega sgt ada org bantu. Lepastu i smbung berpantang dekat rumah mak. Tak rela i. Boleh meroyan

Baca lagi

Baca luahan hati awak ni buat saya terfikir. Rezeki org ni lain2. Awak ada rezeki masih ada mak mertua. Saya pula dua2 ayah dan mak mertua dah meninggal. Maka saya tak tau mcm mana rasa hidup bersama mertua 😭 sabar ye awak. As long as suami awak faham perasaan awak, ok sangat dah tu. minta suami limitkan mertua ziarah awak buat masa ni. Nak bagi awak rehat dulu. Pandai2 lah suami bagi alasan apa kat mertua. Kalau bole, panggil je CL datang. Sebab kita first time, at least bole belajar dgn CL cara berpantang.

Baca lagi
11mo ago

Memang plan nak upah CL tapi MIL dapat tahu. Apa lagi bebel tak berenti 😩 Cakap saya bazir duit lah apa lah CL tu untuk saya jugak.. kalau nak harapkan dia... dia bukannya jaga saya pun.. dia kadang-kadang je datang.. tu pun datang bebel tak berenti sebab serba tak kena semua benda..