APA SAYA PERLU BUAT???..

Dulu sewaktu saya masih sekolah, ada sesuatu yang paling pahit dalam hidup saya pernah berlaku, saya telah di rogol , saya bukan mahu menceritakan macam mana ia telah berlaku, selepas apa yang berlaku saya kuatkan diri tabah dengan apa yang dah berlaku saya fikir untuk teruskan kehidupan saya dengan lebih baik, dan sekarang saya sudah pun mendirikan rumahtangga selama 6 bulan, saya disahkan mengandung pada 3 bulan selepas perkahwinan, sekarang kandungan saya berusia dalam 5 bulan, saya bahagia sangat , saya selalu menenangkan hati saya dengan memikirkan jantina anak saya yang bakal dilahirkan adalah lelaki, tapi ,bila saya fikir semula macam mana kalau bayi ni perempuan??? Saya tak rasa saya boleh jadi mama untuk jaga bayi perempuan saya dengan baik,saya takut,saya tak nak dia rasa apa yang saya rasa, saya takut , dan apa yang dah terjadi pada saya tu kembali menakutkan hidup saya semula, saya selalu mimpi apa yang dah berlaku pada saya, saya terjaga dari tidur, saya merenungkan dan saya mengangis, saya pun mimpi anak saya yang bakal dilahirkan adalah perempuan dan saya bermimpi dia pun rasa apa yang saya rasa, saya tak mahu itu nerlaku pada dia kelak, saya selalu menagis, selalu,selalu sangat,kalau anak saya perempuan saya tak rasa saya bopeh jaga dia sebaiknya saya takut.. Tolong saya..

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Puan, saya juga pernah alami benda sama. Tapi saya kena grooming sejak umur 6 tahun oleh pakcik kawan saya, dan sejak situ saya suka seks. Saya sendiri pernah melakukan zina hampir kesemua bekas kekasih saya. Sekarang dah nikah dan ada anak sendiri, suami tahu kisah saya dulu. Kadang tu dia pernah sekali ungkit walaupun dah berjanji, saya cakap kalau dia ungkit, saya akan buat benda buruk. Sejak tu dia tak ungkit. Bila ada anak sendiri lelaki pula, saya tekad untuk didik dia sehabis baik. Kalau ditakdirkan anak kedua perempuan, saya akan didik dia sehabis baik. Perkenalkan dengan pendidikan seks, apa perlu dan tak perlu. Disebabkan kisah lama kita, kita lah perlu menggerakkan diri sendiri untuk menjaga anak.

Baca lagi

Maafkan sy, kalau sis beragama Islam. Kembalikanlah jiwa & raga kita kepada Allah. Kenapa nak takut dengan masa depan? Masa depan kita boleh diubah dengan mukjizat doa. Doa adalah senjata orang2 Islam. Percaya dengan pertolongan Allah, jangan percaya dengan apa yg kita rasa. Barangkali mungkin itu adalah salah satu muslihat syaitan laknatullah. Jadikan diri kita seorang ibu yg baik & terbaik untuk anak kita. Selain tu tawakkal pada Yang Maha Kuasa. Kesian dekat baby yg dalam perut bila kita asyik fikir macam tu. Ramai lagi ibu2 yg berusaha nak anak & teringin sangat nak ada anak perempuan. Fikir yg positif2 je sis ye🤗 jangan stress2. InshaAllah semoga hidup sis dipermudahkan.

Baca lagi

Minta Allah lindung anak awak, lg pon bkn salah awk k..nanti anak awak lahir, awak ajar dia pertahankan diri, InsyaAllah..sy tau awak bkn..jgn kita terlalu memikir kan, sy tau senang utk sy berkata2 sbb sy tak rasa, awak sabar k.. Allah kan ada..kita jgn henti minta perlindungan padaNYA k..awk jgn stress. Nanti baby pon stress..awak kena jaga kesihatan juga k..😊👍

Baca lagi
VIP Member

Doa yg baik2.in shaa Allah..Allah akan pmudahkannya.. dan sis kne alwyz positif... apa yg berlalu biakn berlalu try lupakan even sush nk lupekan...sis kena kuat tuk ms skrng.... Sy tahu sy tiada di tempat sis .. tp sy tahu ianya jd trauma pd sis hgga skrng.... in shaa Allah sis kuat dan akn jd ibu yg hebat pd ank2 sis.. mg Allah pmudahkn segalanya..aamiin

Baca lagi

Doa yg baik2 sis. Jangan banyak fikir negatif dan stress. Nanti effect dkt baby. In shaa Allah semua tu takkan berulang lagi. Allah lebih tahu mana yg terbaik utk kita dan orang yg kita sayang. Mintak Allah permudahkan segala urusan kita.

5y ago

Thankyou sis, saya cuba ) ..

Setiap yg berlaku Ada hikmahnya. Bersyukur sis diberikan hidayah Dan kekuatan utk meneruskan hidup. Life must go on. Pandang ke hadapan. Semoga sis sentiasa mrndapat rahmat dariNya Dan dikurniakan anak2 yg soleh. Aamiin

VIP Member

Puan kena cuba sibukkan diri supaya tak terlalu fikirkan benda2 macam ni. Dan banyakkan luah dekat pasangan. Kalau pasangan jenis yg memahami, inshaAllah dia akan sangat membantu untuk buat puan rasa lebih okay.

VIP Member

sis jangan pikir perkara yg jadi kat sis akan jadi kat anak. anak yg lahir masa depan dia bergantung siapa yg ajar dia ,apa yg dia belajar dr kedua ibu bapanya. jangan ambil part negative. pikir positive.

Sis.. saya cadangkan sis jumpa psiakistri. Penting untuk sis dapatkan rawatan professional. Boleh walk in je kat hospital psychiatrist. Try la sis. Semoga Allah bantu.

think positive, jgan over thinking nanti sendiri yang merana. cuba alihkan pemikiran, cuba focus tgk YouTube tentang hal hal lain.